Header Ads

"Tiada yang mustahil" - Pemain papan luncur buta ini telah membuktikannya

Marcelo Lusardi/Instagram

Orang buta masih dapat menjalani kehidupannya secara normal dan melakukan banyak perkara sepertimana orang yang celik. Tetapi, tiada siapa pernah menjangkakan mereka dapat bermain papan luncur. Pemain papan luncur berusia 20 tahun ini telah membuktikan sebaliknya.

Dikenali sebagai The Blind Rider, Marcelo Lusardi hilang penglihatannya dua tahun yang lalu, apabila dia telah disahkan mengalami Leber hereditary optic neuropathy (LHON). Ia adalah satu gangguan genetik yang tidak dapat diubati yang disebabkan oleh perubahan gen pada DNA mitokondria.

Pada mulanya, dia melihat seperti ada kotoran pada penglihatan mata kanannya. Tidak lama selepas itu, dia mula hilang sepenuhnya penglihatan mata kanannya. Doktor telah mengesahkan dia mengalami LHON yang turut menjejaskan mata kirinya.

A post shared by Marcelo Lusardi (@the_blind_rider) on

Marcelo Lusardi dilahirkan di Argentina, dan kini menetap di Santiago de Compostela, Sepanyol, mengatakan dia telah hilang penglihatannya terlalu cepat. Dia telah mengalami kemurungan, kerana dia tidak dapat membayangkan kehidupannya tanpa dapat melihat lagi.

Nasibnya sangat baik kerana kawan ayahnya telah membantu dirinya untuk menerima keadaan tersebut supaya terus berusaha dan tidak berputus asa.  Tanpa bantuannya, Marcelo berkata, mustahil untuk dirinya mengatasi masalah kemurungan tersebut.

Marcelo mula bersemangat dan keluar ke taman luncur yang sering dikunjungi bersama rakan-rakannya, dan mencuba helah baru. Walaupun dia perlu menggunakan tongkat, keadaan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha.

Tanpa dapat melihat, semuanya berbeza. Dia perlu mengenalpasti keadaan sekeliling sebelum mula bermain, dan bunyi sangat membantu dirinya. Bunyi permukaan yang berbeza, bunyi yang dibuat oleh pemain lain, dan malah bunyi orang berbual dan bersorak memberikannya pengetahuan yang penting.


Menurut Marcelo, dia bukan sahaja dapat belajar bermain papan luncur, malah dia dapat melakukan aksi yang tidak ramai dapat melakukannya, termasuklah mereka yang dapat melihat dengan sempurna. Taman luncur yang telah dikunjunginya sejak dia berusia 11 tahun adalah tempat terbaik untuk dirinya mencuba aksi baru. Dia juga boleh melakukannya di tempat lain sekiranya dia telah mengetahui keadaan tempat tersebut.

"Saya tidak tahu, kadang-kadang saya rasa yang saya hilang penglihatan untuk saya sedar siapa saya dan apa yang saya ingin lakukan," ujar Marcelo kepada salah satu akhbar di Sepanyol. "Ramai yang mempunyai masalah, tetapi akhirnya anda boleh menyelesaikannya. Setiap perkara ada penyelesaian dalam hidup. Lihatlah saya, saya bermain papan luncur, kemudian saya buta, dan sekarang saya meluncur semula. Tidaklah sebaik sebelum ini, tetapi saya masih dapat melakukannya."

Marcelo masih berharap satu hari nanti seseorang akan mencipta penawar untuk penyakit yang dialaminya, dan dia akan memperoleh penglihatannya semula. Namun, pada ketika ini, dia sedang melakukan yang terbaik dan memberikan semangat kepada orang lain.

Sentiasa bersyukur dengan nikmat mata yang kita ada dan jaga ia sebaik mungkin. Ikuti perkembangan Marcelo di https://www.instagram.com/the_blind_rider/



Dikuasakan oleh Blogger.