Header Ads

Menjelang musim perayaan banyak wang akan dibelanjakan, ini 5 tips jimat berbelanja semasa musim perayaan.

Image result for money

Di bawah adalah tips tips berikut:

1. Rancang perbelanjaan dan buat senarai barangan

Pengguna harus merancang keperluan dengan membuat senarai barangan yang diperlukan sesuai dengan peruntukan (bajet) perbelanjaan mereka. Senarai barangan ini penting bagi memudahkan urusan pembelian ketika bebelanja di pusat membeli belah kelak. Selain menjimatkan masa, ia juga boleh mengelakkan anda daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.

2. Elakkan daripada membuat pembelian secara spontan
Sebahagian besar daripada pembelian yang dibuat didorong oleh naluri. Cuba elakkan daripada membuat pembelian secara spontan ketika membeli-belah. Walaupun terdapat barangan yang nampak menarik di mata anda, fikirkan secara mendalam sama ada anda benar-benar memerlukannya sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut.

3. Ikut kemampuan dan jangan bersaing
Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran anda kerana tahap kewangan serta tanggungan yang berbeza. Oleh yang demikian, anda harus berbelanja mengikut kemampuan dan bukan atas tujuan untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain agar tidak melampaui tahap kewangan anda.

4. Guna kad kredit secara bijak dan elakkan daripada berhutang
Penggunaan kad kredit sememangnya lebih mudah dan selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah. Namun anda perlu berhati-hati menggunakannya dengan memastikan jumlah perbelanjaan menerusi kad kredit dibuat berdasarkan kemampuan untuk mengelakkan daripada berhutang.

5. Menawar harga barangan
Cuba amalkan tabiat suka menawar harga barangan, melainkan jika harga barangan tersebut tetap. Dengan tawar-menawar sebelum membuat pembelian, anda boleh mendapat harga lebih murah berbanding harga biasa. Manfaatkan membeli belah ketika potongan harga diadakan. Walaupun dalam keadaan tertentu, potongan harga tersebut hanya merupakan gimik perniagaan, tetapi sekiranya anda membuat pertimbangan yang waras, anda mampu mendapat harga yang berpatutan.
Dikuasakan oleh Blogger.