Header Ads

Lebih ramai individu akan dilarang keluar negara.

maha

PUTRAJAYA - Selain bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, lebih ramai individu akan disekat keluar negara oleh Jabatan Imigresen.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu diambil supaya siasatan ke atas individu-individu yang terlibat boleh dilakukan.

“Bukan Datuk Seri Najib dan Rosmah sahaja. Lebih ramai lagi individu akan disekat keluar. Supaya siasatan boleh dijalankan,” kata beliau pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini tadi.

Menjawab soalan wartawan mengenai sekatan itu, Dr. Mahathir menjelaskan, individu tersebut bukan disenaraihitamkan sebaliknya dihalang meninggalkan negara sementara siasatan dilakukan.

“Kita tidak mahu individu-individu ini terlepas daripada tindakan undang-undang. Bagaimanapun tindakan kita berlandaskan undang-undang,” katanya. - K! ONLINE

Sumber: Kosmo online
Dikuasakan oleh Blogger.