Header Ads

Wanita Iceland tersenarai antara yang paling cantik di dunia, ini rahsia kulit cantik wanita Iceland


Sepertimana yang kita tahu, wanita Iceland tersenarai antara yang paling cantik di dunia. Bukan saja cantik, kebanyakan gadis-gadis disana memiliki kulit bersih dan awet muda.

Jika lihat pada mereka yang sudah berusia pun tidak nampak tua, malah kulit mereka lebih sihat dan anjal, Apakah rahsia mereka untuk mendapatkan kulit cantik dan sihat seperti itu?

Sebenarnya wanita Iceland mengamalkan bunga dan herba dalam kiub ais sebagai rawatan kecantikan. Rawatan ais mampu mengetatkan liang pori, mengurangkan keradangan dan mencerahkan kulit.

Ini adalah antara kebaikan rawatan ais yang diamalkan oleh wanita Iceland untuk mendapatkan kulit cantik. Kalau sudah rasa putus asa hendak melabur banyak duit membeli barang kosmetik yang mahal, boleh la mencuba kaedah rawatan ini.


MENJADIKAN KULIT BERCAHAYA

Ais membantu melancarkan peredaran darah dan kulit akan kelihatan bercahaya. Untuk kesan lebih baik, gunakan kuib ais buah- buahan. kerana ia dapat memberikan vitamin kepada kulit wajah.

MERAWAT LINGKARAN HITAM BAWAH MATA

Kombinasi jus timun dan air mawar yang dibekukan boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam. Ia dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam.

PENYEGAR KULIT

Boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek dan liang–liang pori akan mengecil. Bedak asas juga akan nampak lebih sempurna.

PENGGANTI ALAT SOLEK

Tidak ada masa untuk mekap? Letakkan kiub ais di muka menggunakan kain balut. Kulit akan kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.

MENGHALANG KEDUTAN

Penggunaan kiub ais pada kulit muka dapat mengurangkan garis–garis penuan. Ramai wanita takut dengan kedutan di bahagian mata, amalkan rawatan ini untuk menghalang timbul kedutan pada wajah anda.
Dikuasakan oleh Blogger.