Header Ads

Tanggapan pertama adalah penting apabila bertemu seseorang, ini 5 perkara yang memusnahkan tanggapan pertama yang baik.


Berikut adalah beberapa kesilapan biasa yang boleh membuatkan anda kelihatan kasar, bosan, mementingkan diri sendiri, dan menjengkelkan di mata seseorang yang anda temui untuk kali pertama.

1. Jabat tangan yang lemah


Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang berjabat tangan dengan lemah dinilai sebagai pemalu, cemas, kurang terbuka, dan kurang kemampuan.

2. Kedudukan tangan yang salah


Anda boleh meletakkan tangan anda di pangkuan anda, tetapi jangan meletakkannya di dalam poket anda kerana ia akan kelihatan seperti anda menyembunyikan sesuatu. Jika anda meletakkan tangan anda di atas meja, jangan menggengam tangan dengan kuat ia  menunjukkan bahawa anda ingin mengawal pewawancara.

3. Mengunyah gula-gula getah


Sekiranya seseorang melihat anda untuk kali pertama dan anda mengunyah gula-gula getah, mereka mungkin menganggap anda adalah orang yang tidak matang, kanak-kanak, dan kelas yang lebih rendah.

4. Bermain dengan rambut


Walaupun ia sering digunakan sebagai teknik menggoda, ia juga boleh melambangkan perasaan cemas, harga diri yang rendah, tekanan, dan ketidakselesaan.

5. Menganggu ruang peribadi.


Jika anda mendekati orang lain terlalu rapat, anda mungkin kelihatan agresif, sementara berdiri terlalu jauh menunjukkan anda tidak berminat.


Dikuasakan oleh Blogger.