Header Ads

SPR tetapkan tarikh pengundian PRU-14 pada 9 Mei

PRU

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ditetapkan pada 9 Mei iaitu pada hari Rabu manakala tarikh penamaan calon pada hari Sabtu, 28 April ini.

Tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada hari Sabtu, 5 Mei dan tempoh berkempen pada pilihan raya ialah selama 11 hari bermula hari penamaan calon sehingga pukul 11.45 malam 8 Mei 2018.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, seramai 222 Pegawai Pengurus PRU-14 dilantik bagi tujuan pemantauan sepanjang tempoh rasmi berkempen dan 445 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya turut ditubuhkan bagi memantau perjalanan pilihan raya.

"Pada pilihan raya kali ini, seramai 259,391 orang petugas dilantik dalam kalangan orang awam untuk pengendalian PRU-14.

"Sebanyak 8,988 buah premis bangunan akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang kesemuanya mengandungi 28,995 tempat mengundi yang dianggarkan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM500 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini

Beliau berkata, berdasarkan daftar pemilih, terdapat 14,636,716 pemilih biasa dan 300,255 pengundi awal dan 3,653 pengundi tidak hadir luar negara.

Pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan pasangan. - K! ONLINE

Sumber: Kosmo online
Dikuasakan oleh Blogger.