Header Ads

Rahsia Wanita Umur 30 Tapi Nampak Macam 19 Tahun


Sekarang ni dah ada macam-macam jenis alat kosmetik di pasaran. Jauh beza dengan zaman dulu yang hanya gunakan petua tradisional dari bahan semula jadi.

Kebanyakan wanita zaman sekarang memang tak amalkan langsung petua tradisional kerana dianggap leceh dan perlu dibuat sendiri.

Namun, seorang wanita cantik ini kongsikan amalannya untuk miliki kulit cantik merah jambu dengan hanya amalkan petua orang dulu-dulu.

BUKA CANTIK LUARAN JE, DALAMAN PUN CANTIK

Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.

Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!

Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.

SUSU KUNYIT BADAM MADU

Bahan – bahan :
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar

Cara buat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.

Amalkan dengan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan. Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Dikuasakan oleh Blogger.