Header Ads

Adakah ikan tidur, adakah mereka memerlukan 8 jam sehari untuk tidur seperti kita?


Adakah ikan tidur? jika jawapan anda ya, bagaimana cara ikan tidur? Adakah tidur dengan matanya tertutup? Ikan dapat mengembalikan tenaga dengan beristirehat sejenak. Para saintis mengetahui waktu ikan tidur dengan mengira frekuensi yang dihasilkan oleh seekor ikan.

Seringkali kita melihat ikan bergerak aktif di dalam akuarium dan seolah-olah tidak mempunyai waktu rehat. Sesungguhnya ikan juga memerlukan waktu untuk berehat dari semasa ke semasa.Definisi tidur kita sebagai manusia ialah tidur dalam keadaan mata tertutup, tetapi lain pula halnya untuk ikan.

Mereka tidak mempunyai kelopak untuk menutup mata mereka kecuali beberapa jenis ikan jerung yang mempunyai kelopak mata. Jadi persoalan anda adakah ikan tidur? Jawapannya ialah Ya, ikan tidur dengan cara mereka tersendiri.
Perasankah anda ada ketika ikan akan berhenti berlegar di dalam akuarium anda? seolah-olah ia sedang berkhayal, di waktu itulah ikan mengambil masa mereka untuk berehat, dlaam erti kata lain mereka tidur. Tetapi jangan sama kan waktu tidur anda dengan seekor ikan, Ikan tidak tidur secara terus selama 8 jam seperti kita.

Contoh seperti ikan Dolphin, walaupun mereka tidur selama 7 jam sehari bukan bererti mereka tidur selena kita. Dolphin harus muncul ke permukaan untuk bernafas. Seekor dolphin muda hanya mampu bertahan selama 2 minit sahaja di dalam air, manakala Dolphin dewasa mampu bertahan selama 10 minit
Dikuasakan oleh Blogger.