Header Ads

Yogurt mengandungi banyak manfaat, ini 6 manfaat yogurt untuk tubuh badan kita.


Related image

Yogurt adalah sejenis makanan / minuman berasaskan susu yang mengandungi kultur hidup. 

1. Menyihatkan Tulang.

Semangkuk yogurt yang kaya akan vitamin D dan kalsium mampu membuat tulang semakin sihat dan kuat. Kalsium juga berperanan dalam menjaga kepadatan tulang sehingga mampu mencegah penyakit osteoporosis.

2. Mudah Dicerna.

Bagi mereka yang alergi terhadap laktosa dan alah pada minuman susu, yogurt adalah pilihan tepat untuk mendapatkan nutrisi alternatif. Ini kerana yogurt lebih mudah dicerna dan mengandung nutrisi yang hampir sama seperti susu.

3. Mengandungi Bakteria Baik.

Yogurt mengandungi probiotik atau bakteria baik. Tugasnya adalah menyingkirkan bakteria jahat yang mengganggu kesihatan pencernaan. Secara tidak langsung, probiotik pun akhirnya turut membantu menyokong kekuatan sistem imun badan.

4. Menurunkan Tekanan Darah.

Pesakit hipertensi juga disarankan mengambil yogurt. Ini kerana, selain mengandungi kalsium, yogurt juga kaya dengan kalium. Kalium dalam yogurt berfungsi dalam membantu proses penurunan tekanan darah.

5. Bagus Untuk Kulit.

Selain dimakan, yogurt juga boleh digunakan sebagai masker wajah. Fungsinya adalah untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan lembut. Ini kerana, yogurt mengandungi asid laktit yang berfungsi sebagai penghalau sel-sel kulit mati.

6. Kaya Vitamin.

Selain kalsium dan kalium, yogurt kaya dengan pelbagai vitamin lain yang diperlukan oleh badan. Sebut saja fosforus, vitamin B5, zink, iodin, dan riboflavin. Yogurt juga mengandung vitamin B12 yang berfungsi untuk menjaga prestasi sel darah merah.

Dikuasakan oleh Blogger.