Header Ads

Trend ambil gambar kepala senget bukan suka-suka, sebabnya perempuan suka sangat selfie kepala senget


Cara lelaki dan perempuan ambil gambar memang berbeza sangat. Kalau lelaki ambil gambar, mereka keluarkan telefon terus snap je.

Kalau perempuan pulak, sampai 50 kali ambil gambar pun tetap tak puas hati. Tapi kalau anda perasan, perempuan kalau ambil gambar kepala mesti senget??

Sakit leher ke?? Trend ambil gambar kepala senget tu bukan suka-suka je. Ini antara sebabnya kenapa perempuan suka sangat selfie kepala senget!

1. ANGEL PALING SEMPURNA

Perempuan ni pantang kalau gambar selfie tu nampak gemuk. Kalau ambil dari depan, muka nampak lebih besar dan bulat. Angel kepala senget boleh sembunyikan lemak yang tak patut jadi tontonan umum.

2. WAJAH NAMPAK LEBIH KURUS

Jika anda mempunyai pipi yang tembam, ambil gambar kepala senget dan menyembunyikan pipi pau tersebut. Wajah pula nampak lebih tirus. Tak perlu la bersusah payah nak edit gambar nanti.


3. KELIHATAN LEBIH COMEL

Perasan tak, jika anda mengambil gambar dari sudut sisi atau kepala senget, gambar tersebut kelihatan lebih comel dari biasa. Wajah pun nampak berbeza sangat.

4. LEBIH YAKIN

Menurut para gadis, ambil gambar kepala senget membuatkan mereka lebih yakin dan dapat mendedahkan ekspresi terbaik mereka.

Dikuasakan oleh Blogger.