Header Ads

Susah betul fikir menu sarapan pagi untuk anak, 4 resepi menu sarapan pagi anak yang berkhasiat


Susah betul nak fikir menu sarapan pagi yang berkhasiat dan sedap untuk anak-anak, kan? Lebih-lebih lagi bila anak-anak kita nak ke sekolah.

Dengan nak kejutkan mereka, mandi, pakai baju, nak kena pastikan semua barang-barang yang mereka perlukan untuk ke sekolah. Mana ada masa nak fikir tentang menu sarapan pagi pula!

Tapi, jangan begitu ibu-ibu semua… Sarapan merupakan makanan paling penting untuk beri kita tenaga.

Sarapan juga dapat menghalang kita dan anak-anak dari makan snek yang tidak sihat sementara menunggu waktu makan tengahari. Tanpa sarapan, anak akan mudah kurang fokus dan cepat marah!

4 resepi menu sarapan pagi anak yang berkhasiat 

Tapi, jangan pening-pening kepala. Kami telah menyediakan 4 resepi menu sarapan pagi anak yang mudah, pantas dan berkhasiat untuk santapan anda seisi keluarga.

Dan jangan lupa untuk sediakan segelas susu bagi setiap menu sarapan pagi anak ini, ya! Okay mari tengok apa pilihan menu sarapan pagi anak yang anda patut cuba ini.

1. Pancake buah


Resepi menu sarapan pagi yang satu ini sangat mudah untuk dibuat dan ia boleh buat mengikut citarasa sendiri. Cuma sediakan adunan pancake pada sebelah malam (atau guna adunan readymade).

Kemudian, anda hanya perlu potong buah kesukaan anak anda dan susun ia menggunakan kreativiti anda. Anak pasti suka!

2. Bijirin epal hancur


Campuran buah dan bijirin ini merupakan menu sarapan pagi yang sihat untuk mulakan hari anda atau anak-anak!

Anda hanya perlu hiris epal dan campurkan ia dengan bijirin kesukaan anak anda seperti cornflakes, biskut gandum atau kismis dan tambah sedikit gula perang.

Kemudian ia boleh dimakan begitu saja! Ha… senang, kan?

3. Smoothie buah-buahan


Bila anda tiada masa untuk menyediakan menu sarapan pagi ataupun makan sarapan itu, anda boleh minum saja sarapan! Menu sarapan pagi untuk anak-anak yang paling mudah untuk dibuat!

Memandangkan resepi ini tidak memerlukan anda untuk menghidupkan api, anda boleh sediakan sarapan ini sambil melihat anak-anak bersiap ke sekolah.

Masukkan buah frozen ke dalam blender, campurkan juga greek yogurt dan sedikit susu segar. Blendkan semua bahan-bahan dan berikan kepada anak anda sebelum mereka berkejar keluar untuk ke sekolah.

Sempat buat pagi ini, kan?

4. Tortilla bungkus


Tentu anak-anak anda tak percaya bila anda cakap anda nak buat tortilla bungkus sebagai menu sarapan pagi mereka!

Resepi ini mengambil lebih masa berbanding resepi yang lain tapi anda boleh buat ia siap-siap pada hujung minggu. Ia juga boleh dijadikan antara satu aktiviti yang menarik untuk keluarga sebelum anak-anak masuk tidur.

Untuk resepi ini, anda perlukan 2 biji telur, 2 tin kacang hitam atau jagung, 1 bawang, satu cawan ketumbar, 1 lada merah dan beberapa keping tortilla.

Mula-mula, hancurkan telur dan ketepikan. Campurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar dan masukkan telur.

Letak 2 sudu adunan pada setiap tortilla dan biarkan sejuk. Akhir sekali letak tortilla ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk beku.

Waktu pagi, apabila anda sedia untuk makan letakkan cheese dan microwave sehingga cheese cair.
Dikuasakan oleh Blogger.