Header Ads

Statistik oleh bahagian siasatan jenayah seksual wanita & kanak-kanak, 89% kes rogol jadi di rumah sendiri


Sebelum ini kes seorang bapa yang merogol anaknya ketika menunaikan ibadah umrah bersama-sama menjadi viral di media sosial. Kes tersebut juga disifatkan antara paling keji dalam sejarah kes rogol di Malaysia.

Terbaru, seorang ibu melacurkan dua anak perempuannya berumur 9 dan 13 tahun kepada teman lelaki warga Bangladesh.

Berikutan kes tersebut, boleh dikatakan hampir kebanyakan kes rogol terjadi dirumah sendiri atau dilakukan oleh orang yang dikenali.

Memetik laporan Majalah Remaja, statistik oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita & Kanak-kanak, Polis Diraja Malaysia Bukit Aman mendedahkan, 89 peratus jenayah rogol di seluruh negara berlaku dalam rumah dan perogolnya dikenali oleh mangsa sendiri.

Statistik yang direkodkan dalam tempoh tiga tahun antara tahun 2015 hingga 2017 itu juga mendedahkan, hanya 11 peratus jenayah ini terjadi dari persekitaran luar.


Lebih mengejutkan, carta paling tinggi dalam kes sumbang mahram pula diungguli oleh bapa kandung dengan peratusan sebanyak 25.5 peratus. Diikuti bapa tiri 25.2 peratus dan pak cik 17.4 peratus.


Dalam kes jenayah rogol lain, 39 peratus mangsa dirogol oleh kekasih sendiri, 38 peratus oleh kenalan.

Berdasarkan statistik bagi kedua-dua jenayah rogol tersebut, kebanyakan kes sumbang mahram dan jenayah rogol melibatkan orang yang mangsa kenali.
Dikuasakan oleh Blogger.