Header Ads

Peserta Malaysia ungguli pertandingan hafazan al-Quran Asia Pasifik


xx

SEPANG - Dua peserta Malaysia berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul johan dalam dua kategori pada Pertandingan Musabaqah Hafalan Al-Quran peringkat Asia Pasifik yang berlangsung di Jakarta Indonesia pada 20 hingga 22 Mac lepas.

Ahmad Luqman Ahmad Zaini, 20, dan Muhammad Dzulfaqar Mohd Zaini, 19, masing-masing dinobatkan sebagai juara bagi kategori hafazan 10 dan 20 juzuk selepas menewaskan 70 peserta daripada 14 negara yang mengambil bahagian.

Berkongsi rahsia kemenangan, Ahmad Luqman berkata beliau yang mula menghafaz al-Quran sejak berumur tiga tahun tetap merasa gementar apabila terpilih mewakili negara, apatah lagi perlu berdepan dengan peserta dari Indonesia dan Filipina yang ternyata hebat dalam menghafal ayat suci al-Quran.

Pelajar tahun kedua Diploma Tahfiz Darul Quran Kuala Kubu Bharu itu berkata bimbingan guru bermula ketika beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh dan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan ternyata banyak membantunya menjadi seorang penghafaz  al-Quran yang baik.

Sumber: Kosmo

Dikuasakan oleh Blogger.