Header Ads

Perasaan gemuruh adalah biasa untuk setiap orang, ini 4 tips untuk menghilangkan gementar dalam diri anda.

Image result for self confidence

1. Tenangkan diri.

Relakskan diri daripada memikirkan pelbagai perkara. Duduk dan regangkan diri agar badan lebih ‘longgar’.Seeloknya, bawa diri berjalan agar minda lebih tenang. Tutupkan mata dan fokus pada matlamat anda.

2. Fokus pada pernafasan.

Tarik nafas perlahan-lahan dan lepaskan. Lakukan berulang kali sehingga rasa diri relaks. Ia dapat mengurangkan perasaan gemuruh.

3. Pakai pakaian yang selesa.

Perasaan gemuruh boleh meningkatkan pengeluaran peluh. Elak memakai pakaian yang ketat atau tidak selesa kerana ia boleh menambah lagi rasa gemuruh. Pakai pakaian yang longgar dan mudah menyerap peluh.

4. Kurangkan pergerakan.

Kurangkan pergerakan kerana ia boleh menyebabkan orang sekeliling merasai perasaan gemuruh yang anda hadapi. Untuk tampil yakin, pegang pen di tangan kerana ia dapat mengatasi rasa gemuruh. Pastikan anda juga berdiri lurus.

Dikuasakan oleh Blogger.