Header Ads

Pakar berpendapat kesan gadget kepada kanak-kanak mengakibatkan anak lambat menulis


Anda salah satu  ibu bapa yang selalu beri gadget kepada anak supaya mereka duduk diam? Anda pasti ingin ambil tahu tentang kesan gadget kepada kanak-kanak ini.

Pakar kanak-kanak  memberi amaran kepada ibu bapa  perbuatan swiping pada skrin sentuh yang kerap boleh memberi kesan kepada cara anak memegang pensel.

Bermain gadget tidak hanya melambatkan kemahiran anak untuk menulis, malah kemahiran motor lain yang penting untuk pembelajaran turut akan terjejas!

Pakar mendapati hanya 2 dari 20 orang kanak-kanak pandai menggunakan gunting dan hanya 1 1/2 dari mereka pandai memegang pensil dengan cara yang betul pada tahap prasekolah.

Menurut doktor, ini sering berlaku apabila kanak-kanak itu tidak banyak melakukan aktiviti yang melibatkan kekuatan atau ketangkasan tangan. Mereka percaya ini adalah kesan gadget kepada kanak-kanak apabila dibiarkan sehingga tidak terkawal.

Kesan gadget kepada kanak-kanak: Perbezaan kanak-kanak sekarang dan dulu


Kesan gadget kepada kanak-kanak: Mereka tidak pandai memegang pensel dengan cara yang betul

Menurut Sally Payne seorang ketua ahli terapi pediatrik di NHS Trust’s Heart of England Foundation, berikut adalah beberapa kesan gadget kepada kanak-kanak:

  • Kekuatan atau ketangkasan tangan kanak-kanak prasekolah hari ini lebih lemah berbanding kanak-kanak yang mula bersekolah 10 tahun dulu.
  • Mereka kekurangan kemahiran gerakan asas dan itu sebabnya kanak-kanak hari ini tidak boleh memegang pensil.
  • Kanak-kanak perlu banyak berlatih supaya dapat mengawal otot-otot jari dan memperkembangkan kemahiran motor apabila masih bayi lagi 
  • Cara kanak-kanak bermain sudah mengalami banyak perubahan. Ibu bapa rasa lebih senang untuk memberi anak iPad dari menggalakkan mereka untuk melakukan aktiviti yang boleh membina otot-otot jari seperti mewarna. 

Kesan gadget kepada kanak-kanak: Anak lambat menulis


Cara betul untuk memegang pensel | Sumber gambar: The Guardian

Mellissa Prunty turut berpendapat  sama. Sebagai seorang ahli terapi pediatrik dan naib pengerusi Persatuan Penulisan Tangan Negara, dia  bimbang kesan gadget kepada kanak-kanak.

Semakin ramai kanak-kanak hari ini lambat menulis!

Punca kanak-kanak lambat menulis selalunya sama: kesan gadget kepada kanak-kanak apabila dibiarkan sehingga tidak terkawal.

Malah hingga pihak sekolah pun tahu punca sebenar apabila perlu mengajar pelajar yang menghadapi masalah untuk menulis, kongsi doktor psikoterapi kanak-kanak Barbie Clarke.

Cara bermain untuk menguatkan otot jari anak

Ibu bapa jangan risau, kami ada menyediakan panduan tentang bagaimana cara bermain untuk menguatkan otot jari anak. Ia berdasarkan umur anak anda. Antara caranya ialah:


Untuk anak 2 hingga 3 tahun

  • Bermain dengan blok untuk bina bangunan atau pegboard 
  • Main susun suai gambar yang mudah (4 atau 5 keping yang bersaiz besar)
  • Tali dengan manik kayu besar
  • Mewarna dengan krayon dan kapur
  • Bermain pasir (sand play)
  • Menuang air ke dalam bekas pelbagai saiz (water play)
  • Bermain dengan anak patung yang boleh ditukar pakaiannya, terutama pakaian berzip dan bertali

Untuk anak 4 – 5 tahun

  • Menulis dan melukis sambil menggalakkan anak untuk memegang kertas dengan satu tangan kemudian pegang pensil atau krayon dengan tangan yang lain.
  • Bermain mainan kad ataupun mainan berpapan (board game) yang boleh menggalakkan penggunaan dadu atau memegang kad dengan jari
  • Membuat model tanah liat
  • Kraf memotong dengan gunting dan melekat
  • Membina bangunan dengan menggunakan blok kayu

Ibu bapa mungkin akan menghadapi cabaran apabila mula-mula mengubah cara anak bermain.

Tetapi bertegaslah dalam pendirian untuk mengurangkan masa anak bermain gadget supaya aktiviti-aktiviti ini boleh membantu otot-otot jari mereka menjadi lebih kuat
Dikuasakan oleh Blogger.