Header Ads

Negara kita kaya dengan keindahan alam, ini 4 pulau yang mempunyai nama yang unik dan pelik.

Negara kita mempunyai banyak keunikan semulajadi yang tersendiri. Berikut adalah 4 pulau yang mempunyai nama yang unik dan pelik.

1. Pulau Babi Tengah


Pulau Babi Tengah atau Pulau Tengah adalah sebuah pulau milik persendirian. Ia terletak sembilan batu nautika dari luar pantai Mersing di Laut China Selatan di luar kawasan pantai timur Johor.

2. Pulau Timba - Timba


Pulau Timba Timba merupakan salah satu gugusan pulau kecil yang terletak di kawasan perairan Semporna, Sabah.

3. Pulau susu dara.


Pulau Susu Dara terletak berhampiran dengan Pulau Perhentian. Di sekitar pulau ini terdapat gugusan pulau kecil iaitu Pulau Susu Dara Besar, Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong. Kebiasaannya tetamu yang tinggal di Pulau Perhentian akan dibawa ke sini untuk snorkeling.

4. Pulau Pom Pom


Pulau Pom Pom juga terletak di kawasan perairan Laut Sulawesi di sekitar Semporna, Sabah. Ia mempunyai tumbuh-tumbuhan tropika yang kaya dan dikelilingi oleh pasir putih dan perairan biru yang memukau mata memandang.
Dikuasakan oleh Blogger.