Header Ads

Menurut sebuah kajian terbaru, anak tunggal berisiko tinggi untuk berlaku curang


Mesti ramai yang marah bila baca tajuk di atas. Jangan marah-marah, apa kata korang baca dulu tentang kajian terbaru ini.

Menurut sebuah kajian terbaru, anak tunggal berisiko tinggi untuk berlaku curang berbanding mereka yang mempunyai adik-beradik.

Kajian yang dilakukan oleh laman cari jodoh, Illicit Encounters mendedahkan, 34 peratus pengguna laman web tersebut adalah anak tunggal dalam keluarga. Diikuti 28 peratus merupakan anak sulung, 23 peratus anak bongsu dan 15 peratus anak tengah.

RASA SUNYI MEMBUATKAN ANAK TUNGGAL BERISIKO BERLAKU CURANG

Hasil kajian ini juga menunjukkan anak tunggal cenderung untuk berlaku curang disebabkan oleh hidup mereka yang kesunyain sejak dari kecil lagi.

Disebabkan oleh kurang perhatian, mereka berisiko untuk berlaku curang untuk mendapatkan perhatian dari orang lain selain dari pasangan mereka.

Kaji selidik itu juga mendedahkan, anak tengah adalah calon atau pasangan yang setia. Ini kerana anak tengah dikelilingi oleh ibu bapa dan adik beradik yang penuh kasih.

Perlu diingatkan, ini hanya berdasarkan kajian sahaja. Tidak semestinya betul dan perlu percaya bulat-bulat.
Dikuasakan oleh Blogger.