Header Ads

Mengikut kajian yang dilakukan, cinta biasanya berputik selepas 163 mesej


Kajian yaang dilakukan oleh sebuah laman web e-dagang PIXmania, mendedahkan golongan muda kini bergantung pada media sosial untuk mencari pasangan.

Kajian mendedahkan, mereka yang berusia 55 tahun ke atas mengambil masa lebih 2 bulan untuk jatuh cinta.

Manakala mereka yang berumur 25 tahun ke bawah hanya memerlukan kurang dari sebulan untuk mencari pasangan dan memikat hati si dia.

Penyelidik mendedahkan mereka hanya memerlukan purata 163 pesanan teks, 224 tweet, 70 mesej Facebook, 37 e-mel dan 30 panggilan telefon untuk jatuh cinta antara satu sama lain.

Penemuan menarik dari kajian ini adalah lelaki yang kerap menghantar mesej pada pasangan tidak bahagia dalam perhubungan.

Ini kerana lelaki lebih sukakan cabaran dan merasakan kurang berkomunikasi akan mengeratkan lagi sesebuah perhubungan.

Sebaliknya, wanita pula beranggapan kerap menghantar mesej pada pasangan akan membuatkan hubungan cinta lebih mendalam dan ikatan yang lebih baik.
Dikuasakan oleh Blogger.