Header Ads

Makanan boleh menggembirakan kita apabila kita stress, ini 6 makanan yang dapat mengurangkan stress.

Image result for food to reduce stress

Berikut adalah makanan-makanan tersebut:

1. Almond, pistachio & walnut

Kacang almond penuh dengan vitamin B dan E dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Manakala walnut dan pistachio membantu untuk menurunkan tekanan darah.

2. Ayam belanda


Daging ayam belanda mengandungi amino asid yang juga dipanggil 'L-trytophan'. Amino asid ini juga melepaskan serotonin, satu bahan kimia yang baik untuk otak. Inilah sebabnya orang berasa sangat tenang selepas makan daging ayam belanda.

3. Bayam

Kekurangan magnesium dalam badan boleh menyebabkan migrain dan rasa keletihan. Satu cawan bayam memberikan 40 peratus magnesium yang anda sememangnya perlu dalam badan.

4. Salmon

Ikan salmon mempunyai asid lemak Omega 3 yang tinggi yang mana boleh membantu menangani penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 menyimpan hormon tekanan daripada memuncak.

5. Avokado

Lemak tidak tepu dan potassium yang ada dalam buah avokado membantu untuk mengurang tekanan darah dalam badan.

Potassium yang cukup dalam badan boleh mengurangkan tekanan darah dan tahukah anda, avokado mempunyai lebih potassium berbanding pisang?

6. Sayur-sayuran hijau

Brokoli, sawi dan sayur-sayuran hijau lain adalah sumber utama vitamin yang membantu menyegarkan badan anda di kala stress.

Dikuasakan oleh Blogger.