Header Ads

Kajian terbaru menunjukkan, makan ais krim di waktu pagi buatkan otak jadi lebih bijak


Siapa yang tak sukakan ais krim? Rasanya semua orang sangat menggemari ais krim kerana rasanya yang lazat dan lembut.

Kajian terbaru menunjukkan, makan ais krim di waktu pagi buatkan otak jadi lebih bijak! Fakta ke auta ni?

Seorang saintis di Jepun mendedahkan, makan ais krim sebaik saja bangun dari tidur membantu orang menjadi lebih bijak.

Bukan itu saja, perasaan juga akan jadi lebih tenang dan bahagia di waktu pagi.

Menurut laporan Dailymail.co.uk, saintis dari Tel Aviv University melakukan kajian pada tahun 2012 dan mendapati makanan manis di waktu pagi mampu meningkatkan kecerdasan otak.

MAKAN AIS KRIM WAKTU PAGI MAMPU MENURUNKAN BERAT BADAN

Lebih menarik, pengambilan sesuatu yang manis dan sejuk di waktu pagi membuatkan seseorang lebih bersemangat dan mampu menurunkan berat badan.

Kajian juga mendapati, ais krim lebih baik di ambil di waktu pagi berbanding sarapan kek coklat atau biskut.

Selain mencerdaskan otak, makan ais krim di waktu pagi melancarkan sistem pencernaan.
Dikuasakan oleh Blogger.