Header Ads

Izara kelihatan cukup cantik di hari bahagia, ini 6 rahsia kulit cantik Izara


Apa yang pasti, Izara kelihatan cukup cantik dengan persalinan Melayu moden. Tapi kalau dah cantik, pakai apa pun cantik.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia kulit cantik Izara Aishah. Dipetik daripada majalah kami kongsikan rahsia dan tips untuk miliki kulit cantik seperti Izara.

1. SENTIASA GEMBIRA

Kajian membuktikan, mood seseorang menunjukkan kesihatan kulit anda. Jika anda sentiasa gembira, kulit anda juga jadi lebih sihat. Bagi Izara, apa saja yang membuatkan dirinya gembira adalah sesuatu yang cantik.

2. JANGAN CEPAT MARAH!

Bak kata Izara, jangan cepat marah kerana kata orang, mereka yang mudah marah akan cepat tua.


3. SENTIASA GUNAKAN PELEMBAP WAJAH

Nak kulit cantik senang je, gunakan pelembap wajah. Apa fungsi pelembap wajah ni sebenarnya? Mencegah kulit wajah menjadi kering, melindungi kulit dari sinar bahaya matahari, mengelakkan jerawat, mencerahkan wajah, menyegarkan wajah, menghaluskan kulit wajah dan mengcegah penuaan.

4. AMALKAN PATI BUAH PRUNE

Tahukah anda buah prun yang berasal daripada buah plum kering itu mempunyai sumber serat dan pemakanan yang baik dan berkhasiat istimewa sebagai antioksida, antipenuaan, antikanser. Ia juga melambatkan proses penuaan tubuh dan otak.


5. KURANGKAN PENGGUNAAN ALAT SOLEK ATAU MEKAP

Bagi Izara, nak kulit cantik perlu kurangkan penggunaan alat mekap. Penggunaan alat mekap berlebihan menyebabkan risiko kanser kulit, masalah pernafasan, sakit kepala, tekanan dan kerosakan kulit.

6. AMALKAN SENAMAN MENARI

Menurut Izara, dia sangat gemar menari dan itu cara senamannya. Hampir setiap hari itulah rutin hariannya dan akan dilakukan dengan konsisten sekurang-kurangnya sejam sehari.
Dikuasakan oleh Blogger.