Header Ads

Hampir kebanyakan lelaki tidak suka menonton drama Korea, apa sebabnya walaupun pelakon wanitanya cantik-cantik


Sekarang ni semuanya tentang artis Korea dan drama Korea. Rata-rata anak muda sekarang terutamanya gadis-gadis taksub dengan selebriti dari Korea Selatan.

Mana tidaknya, pelakon lelaki Korea memiliki rupa paras yang kacak dan memiliki kulit yang putih. Berbeza dengan selebriti lelaki Malaysia yang berkulit sawo matang.

Tapi lelaki pula bagaimana? Hampir kebanyakan lelaki tidak suka menonton drama Korea walaupun pelakon wanitanya cantik-cantik belaka. Apa sebabnya?

Kami senaraikan 5 sebab munasabah kenapa lelaki tak sukakan drama Korea.

1. MERASAKAN HARGA DIRI SEBAGAI SEORANG LELAKI JATUH

Ramai beranggapan lelaki macho tidak menonton drama Korea. Jadi, rata-rata lelaki menganggap menonton drama Korea membuatkan maruah mereka sebagai lelaki tercalar.

2. DRAMA KOREA DICIPTA UNTUK MENGHIBURKAN KAUM WANITA

Anda tak percaya? Kebanyakan drama Korea lebih banyak pelakon lelaki berbanding pelakon wanita. Mesti ada 2 hero berebut seorang heroin. Boleh dikatakan sasaran drama Korea adalah untuk menghiburkan kaum wanita.

3. TIDAK SUKA DENGAN WATAK LELAKI YANG TIDAK MACHO

Lelaki lebih sukakan drama aksi yang menunjukkan seorang hero yang gagah dan macho. Walaupun kacak, pelakon drama Korea dianggap tidak macho tambahan pula mereka memiliki wajah ‘pretty boy’.

4. LELAKI LEBIH SUKAKAN DRAMA/FILEM AKSI

Kebanyakan lelaki tidak suka menonton drama romantik seperti drama Korea. Lelaki lebih cenderung menyukai filem aksi dan banyak adegan mendebarkan.
Dikuasakan oleh Blogger.