Header Ads

Filem tempatan One Two Jaga akan ditayangkan di Itali tidak lama lagi.


MEMAPARKAN sisi gelap dunia kepolisan, filem One Two Jaga yang diterajui Bront (empat dari kiri) sel

BELUM mendapat tarikh tayangan di dalam negara sendiri, namun filem One Two Jaga terbitan aktor Bront Palarae awal-awal lagi menempah tiket ke peringkat antarabangsa apabila bakal ditayangkan di Itali tidak lama lagi.

Lebih membanggakan, karya arahan Nam Ron itu turut bertanding dan akan ditayangkan dalam Festival Filem Udine Far East 2018 di Itali yang berlangsung pada 20 April hingga 28 April depan.
“Kiranya tayangan perdana filem One Two Jaga akan berlangsung di Itali di filem festival berkenaan.

“Saya terkejut dengan berita yang diterima tetapi pada masa sama berharap ini langkah yang positif untuk filem One Two Jaga sebelum ditayangkan di Malaysia,” katanya yang ditemui pada sidang akhbar filem One Two Jaga di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, filem yang turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Rosdeen Suboh, Kin Wah Chew, Iedil Putra, Timothy Castillo dan pelakon Indonesia, Ario Bayu serta Asmara Abigail telah mendapat kelulusan pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dengan klasifikasi PG13.
Tambahnya, skrip filem tersebut juga mendapat kelulusan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Alhamdulillah, filem ini dapat ditayangkan di pawagam kerana kami mengikut laluan yang betul. Saya akui agak mencabar kerana penggambaran tertangguh disebabkan kami perlu menunggu skrip yang diluluskan PDRM, namun hasilnya berbaloi,” kongsi Bront.
Bront mengharapkan filem tersebut akan ditayangkan sekitar September depan selepas bulan kemerdekaan kerana One Two Jaga berkisarkan sisi gelap dunia kepolisan.

Sumber: Kosmo

Dikuasakan oleh Blogger.