Header Ads

Dewan Rakyat lulus usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya

parlimen

KUALA LUMPUR - Usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat hari ini setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian.

Usul itu yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima sokongan 129 anggota Parlimen berbanding 80 yang menolak.

Keputusan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas undian dijalankan petang ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan usul itu setelah ia dibahaskan 14 anggota Parlimen dari Barisan Nasional dan pembangkang.

Laporan itu akan dibawa untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sebelum diwartakan untuk digunakan pada pilihan raya umum ke-14 nanti. – Bernama

Sumber: Kosmo online
Dikuasakan oleh Blogger.