Header Ads

Butang Snooze di FB, singkir rakan menjengkelkan


Medial sosial popular dunia, Facebook, kini sedang dalam proses menguji butang snooze, yang merupakan salah satu pembaharuan untuk menaik taraf elemen ‘mesra pengguna’ laman sosial paling popular itu.

Butang snooze boleh digunakan pengguna yang tidak mahu melihat kemas kini terbaharu mereka yang berada dalam senarai rakan.

Ia juga tidak memerlukan pengguna menyingkirkan mana-mana rakan dalam senarai.

Snooze sedikit berbeza dengan butang unfollow yang telah diperkenalkan sebelum ini, di mana snooze memberi pilihan kepada pengguna memilih garis masa untuk tujuan berkenaan, iaitu dari 24 jam sehingga 30 hari.

Ia dilihat jawapan kepada masalah ‘rakan yang menjengkelkan’, di mana snooze membolehkan anda mengawal post mana untuk dilihat dalam tempoh masa yang diinginkan.

Buat masa ini, belum diketahui bila butang ini akan diperkenalkan secara menyeluruh kepada semua pengguna.
Dikuasakan oleh Blogger.