Header Ads

Anggota kumpulan K-Pop terkenal Girls Generation, Yoona menggangap selfie tabiat itu sesuatu yang memalukan


Perempuan dan selfie memang tidak dapat dipisahkan. Pergi kemana saja mesti wajib selfie. Tapi berbeza dengan selebriti Korea ini yang tidak gemar berselfie.

Anggota kumpulan K-Pop terkenal Girls Generation (GG), Yoona, mendedahkan dia tidak gemar mengambil gambar selfie dan menggangap tabiat itu sesuatu yang memalukan.


Menurut laporan Allkpop, Yoona memberitahu meskipun dia tidak menyukai perkara itu namun dia akan berusaha untuk tidak menolak permintaan peminat yang ingin selfie bersama.

“Sejujurnya saya tidak suka berselfie kerana perkara itu amat kelakar untuk dilakukan di tempat awam.

“Cuba bayangkan ketika merakamkan gambar pasti kita harus berlakon supaya muka kelihatan cantik dan comel di depan kamera.


“Jadi secara tidak langsung membuatkan saya berasa malu lebih-lebih lagi jika ramai orang di sekeliling saya.

“Namun saya akan berusaha untuk penuhi permintaan jika ada peminat yang meminta untuk berkongsi gambar swafoto di laman sosial,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.