Header Ads

Anak anda suka minta makanan ringan, itu mungkin tanda anak anda tengah stress


Anak selalu minta beli makanan ringan, apa penyelesaian ibu bapa?

Jika anak anda sering minta makanan ringan atau jajan, atau minta duit lebih dari anda untuk beli jajan, apa yang anda akan lakukan?

Terdapat beberapa parents yang lebih selesa untuk memberi duit pada anak buat membeli makanan ringan. Tapi, jika selama ini anda biasa mengatakan “ini duit beli makanan ringan (jajan) kamu ya” mungkin lebih baik anda mengubahnya kepada “ini wang saku kamu!”

Kenapa duit beli makanan ringan atau jajan ini perlu diubah kepada duit saku?

Dalam program “Digital Financial Literacy for Children” di Jakarta, seorang ahli psikologi remaja dan kanak-kanak, Roslina Verauli menjelaskan perkataan “duit beli jajan” akan menimbulkan persepsi pada anak yang duit tersebut memang dikhususkan untuk beli makanan ringan (jajan) sahaja.

Ini bermaksud duit itu tidak perlu digunakan untuk menabung atau disimpan. Bukankah lebih baik duit itu tidak digunakan untuk beli makanan ringan (jajan) sahaja?

Anak anda selalu minta makanan ringan lebih adalah satu tanda mereka stress

Bukan itu sahaja, tahukah anda jika anak selalu minta makanan ringan atau wang beli jajan adalah petanda mereka sedang mengalami stress?

Ahli psikologi berpendapat ketika anak selalu minta makanan ringan lebih, pastikan sama ada mereka mempunyai tekanan emosi? Anak yang stress atau mempunyai masalah, baik di rumah atau di sekolah selalunya akan bertindak sedemikian.

Bukan hanya orang dewasa sahaja yang akan “online shopping” apabila stress, anak-anak juga akan berkelakuan begitu.

Bagaimana nak ajar anak menabung dan jangan beli makanan ringan berlebihan?

“Anak yang stress akan mempunyai kehendak berbelanja yang tinggi dan sesetengahnya mungkin berani mencuri daripada ibu bapa mereka” tegas Verauli.

Jadi, apa yang perlu dilakukan?

Verauli memberikan beberapa tips untuk ibu bapa apabila anak minta jajan atau duit belanja lebih seperti:
  • Mengambil tahu perasaan anak
Perkara pertama sebagai ibu bapa adalah bertanya tentang perasaan anak itu. Anak yang gembira akan disenangi rakan-rakan.

“Anak yang tidak mempunyai masalah dengan rakan-rakan selalunya tidak mempunyai masalah perbelanjaan” kata Verauli.
  • Anak yang selalu minta makanan ringan atau duit belanja lebih diajarkan dengan pendekatan “kacamata kuda”
Latih anak anda untuk memakai “kacamata kuda”. Caranya bagaimana? Dengan melatih anak anda untuk tidak boros.

Pada cuti hujung minggu, jangan biasakan anak pergi ke pusat membeli-belah kerana banyak kemahuan yang tidak patut akan diminta di situ. Banyakkan mengajak anak-anak ke perpustakaan atau muzium atau tempat-tempat menarik lain.

  • Adakah anda role model yang baik?

Jika anda berasa susah untuk mengawal kehendak anak yang sering meminta duit belanja lebih, cuba lihat orang-orang yang berdekatan di dalam rumah.

Apakah sikap anda sebagai ibu bapa dalam isu perbelanjaan? Jika anda juga seorang yang boros, mungkin anda menjadi role model anak anda untuk menjadi yang sedemikian juga.
  • Latih anak suka menabung
Tindakan paling efektif adalah dengan melatih anak anda untuk suka menabung. Dengan menggunakan tabung syiling sebagai permulaan, biasakan anak anda untuk mengasingkan duit terlebih dahulu untuk dimasukkan ke dalam tabung.
  • Bersedekah atau menyumbang
Langkah terakhir yang perlu dilakukan adalah mengajak anak anda untuk bersedekah dari hasil tabungannya sendiri. Anak anda boleh sahaja menggunakan wang tersebut untuk membeli mainan yang mereka inginkan, namun ibu bapa juga perlu melatih sikap berkongsi.

Bukan sahaja anak-anak dilatih dengan sikap empati, bahkan boleh menimbulkan rasa bahagia dalam diri mereka apabila dapat membantu orang lain.

Anak-anak akan merasakan mereka berguna dan boleh membantu orang sekeliling mereka. Sifat ini yang perlu diterapkan di dalam diri anak-anak.
Dikuasakan oleh Blogger.