Header Ads

Tetapi tahukah anda tentang 5 perkara yang anda patut tahu mengenai amalan menggendong bayi ini?


Menggendong bayi: 5 perkara ibu bapa wajib tahu

Disebabkan tidak banyak tempat yang menyediakan tempat mesra kereta sorong bayi, ramai ibu bapa memilih untuk menggendong bayi.

Malah lif juga sering penuh dan membuatkan ibu bapa dengan kereta sorong bayi terpaksa menunggu lama, menyebabkan kenapa menggendong bayi dengan kain atau alat gendongan lain lebih memudahkan ibu bapa yang berjalan bersama bayi.

Tetapi tahukah anda tentang 5 perkara yang anda patut tahu mengenai amalan menggendong bayi ini?

Menggendong bayi tampak mudah tapi anda harus tahu caranya supaya ia tidak membahayakan bayi.

Contohnya menggendong menghadap ke hadapan sebenar tidak digalakkan lebih dari 10 minit saja. Ini kerana ia memberi rangsangan melampau pada bayi, malah kedudukan kepalanya ketika tidur juga tidak selesa buatnya.

Apa lagi yang perlu anda tahu? Mari kita lihat 5 cara selamat anda boleh menggendong bayi.


1. Menggendong bayi baru lahir

Bayi yang baru lahir (sekitar 0-4 bulan) mempunyai struktur tulang yang belum kuat sepenuhnya.

Disebabkan itulah penting untuk anda ambil tahu bagaimana cara menggendong yang baik untuk bayi baru lahir.

Salah satu perkara yang anda perlu ambil berat ialah mengekalkan bentuk tulang belakang mereka ketika menggendong.

Jadi bagaimanakah cara menggendong yang sesuai untuk bayi baru lahir? Mari kita lihat contoh gendongan yang dikongsikan oleh Daiesu ini:

2. Jenis alat gendongan untuk bayi

Selain dari ‘soft structure carrier‘ atau ssc yang biasa kita lihat seperti ‘beg’ mengangkat bayi, terdapat pelbagai jenis alat gendongan yang anda boleh pilih dan selamat untuk bayi anda.

Tiga jenis alat gendongan yang jarang orang ambil tahu ialah Wrap, Ringsling dan Meitai.

Secara ringkasnya, ketiga-tiga jenis alat gendongan ini ialah alat gendongan yang selamat digunakan.

Yang membezakan ialah, bagi wrap dan ringsling, anda boleh menggunakan satu jenis dari anak itu baru lahir hingga besar.

Sebaliknya bagi meitai atau lebih dikenali sebagai mehdai sekarang, mempunyai saiz untuk bayi yang lebih kecil iaitu saiz baby dan saiz toddler untuk anak yang lebih besar.

Selain itu sebaran berat semasa menggendong bayi juga berbeza. Jika guna wrap dan meitai, beban berat bayi akan diagihkan pada kedua-dua bahu sama rata.

Tetapi bagi ringsling, hanya satu bahu sahaja yang akan menampung berat bayi, oleh itu, tidak ramai yang menggunakan ringsling untuk bayi yang lebih besar.

3. Memilih wrap yang sesuai untuk anak

Tahukah anda wrap merupakan alat gendongan yang paling versatil? Ini kerana bukan ia saja boleh digunakan dari bayi baru lahir hingga anda tidak larat menggendong mereka lagi.

Malah terdapat pelbagai cara mengikat wrap hingga ia boleh kelihatan seperti fesyen! Tapi tidak ramai yang tahu cara memilih saiz wrap.

Daiesu telah membuat ringkasan yang boleh anda rujuk untuk memilih saiz wrap:


Berdasarkan penerangan Daiesu, memilih wrap adalah berdasarkan saiz badan dan dibahagikan kepada 3 kategori; petite (xs), small-medium (s-m) dan tall-plus (l-xl).

Bagi mereka yang baru hendak mula belajar menggunakan wrap, saiz yang disarankan ialah saiz 4 untuk mereka di dalam kategori petite, saiz 5 untuk mereka di kategori small-medium dan saiz 6 untuk mereka di kategori tall-plus.

4. Terdapat kumpulan sokongan untuk amalan ini!

Tahukah anda terdapat kumpulan sokongan yang anda boleh  rujuk untuk mempelajari ilmu menggendong seperti Malaysian Babywearers (offcial)?

Bukan sahaja itu, malah terdapat mereka yang mempunyai sijil khas untuk mengajar cara gendongan yang betul dan selamat, contohnya pemilik Daiesu sendiri. Tentu anda rasa pelik mengapa menggendong bayi memerlukan kumpulan sokongan dan pengajar?

Ini kerana untuk menggendong bayi, anda harus menitik beratkan cara yang selamat.

Malah terdapat banyak alat gendongan yang tidak selamat seperti ‘hipseat’ dan alat gendongan tiruan. Disebabkan inilah, ilmu menggendong bayi juga penting.

5. Alat menggendong bayi jenama Malaysia

Malaysia tidak terkecuali dari mengeluarkan alat gendongan yang selamat. Dan Daiesu merupakan salah satu daripadanya, malah telah mendapat sijil pengiktirafan menggunakan bahan-bahan yang selamat untuk bayi.

Kini anda boleh mendapat alat gendongan yang bukan sahaja selamat malah buatan tempatan.

Bukan sahaja selamat, Daiesu juga menyediakan pilihan rangkaian alat gendongan pada harga yang berpatutan.

Apa yang lebih menarik, Daiesu merupakan produk jenama Malaysia yang dikenali secara antarabangsa!

Menarik bukan? Harapnya maklumat-maklumat ini dapat membantu anda dengan perjalanan menggendong bayi anda
Dikuasakan oleh Blogger.