Header Ads

Terdapat banyak tanda tanda awal diabetes, ini antara 7 tanda tanda awal gejala diabetes.


Diabetes adalah penyakit yang mempengaruhi keupayaan tubuh anda untuk menghasilkan atau bertindak balas kepada insulin. Gejala pertama sukar untuk diketahui dan ramai yang menggangap bahawa ianya tidak penting.

1. Meningkatkan rasa dahaga dan buang air kecil.


Meningkatkan rasa haus (polydipsia) dan kerap membuang air kecil (polyuria) adalah gejala diabetes yang paling biasa. Apabila anda menghidap diabetes, buah pinggang anda tidak dapat menyerap semua gula berlebihan. Sebaliknya, ia berakhir dalam air kencing anda, mengambil cecair dari tisu anda. Ini mengakibatkan anda lebih kerap membuang air dan berasa haus. Untuk menghilangkan dahaga, anda mula minum lebih banyak, yang menyebabkan kencing yang kerap.

2. Membuatkan anda berasa lapar.


Kelaparan yang berlebihan (polyphagia), bersama dengan tanda tanda di atas , membentuk 3 tanda utama diabetes. Jika badan anda tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau jika ia tidak bertindak balas dengan cara yang biasa, ia tidak boleh menukarkan makanan ke dalam glukosa yang digunakan oleh sel anda untuk tenaga. Dan itu menyebabkan kelaparan yang tidak hilang setelah makan. 

3. Keletihan


Satu lagi tanda biasa diabetes adalah keletihan yang berterusan. Apabila menghidap diabetes, anda berasa lelah dan mengantuk sepanjang masa dan sebab yang sama untuk anda berasa lapar: sel anda tidak mempunyai cukup glukosa untuk dijadikan tenaga.

4. Penglihatan kabur


Apabila penglihatan kabur, mungkin ia boleh menjadi tanda awal diabetes. Ini memberi kesan kepada anda untuk memberi tumpuan, dan penglihatan mula kelihatan kabur. Perkara ini boleh dirawat.

5.  Kehilangan berat badan


Bermaksud kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya. Oleh kerana tubuh anda tidak mendapat glukosa sebagai sumber tenaga, ia mula membakar lemak dan otot untuk tenaga, dan menyebabkan berat badan anda turun.

6. Kulit gatal


Apabila gula berlebihan berada dalam air kencing anda, ia mengambil cecair dari tisu anda yang lain, termasuk kulit anda (organ terbesar anda). Kulit kering boleh membuatkan anda gatal, dan menyebabkan tompok kering. Salah satu lagi yang menyebabkan kulit gatal adalah disebabkan oleh jangkitan yis, yang agak biasa pada orang yang menghidap diabetes.

7. Penyembuhan yang perlahan


Luka yang sembuh dengan perlahan juga merupakan salah satu tanda awal diabetes.

Dikuasakan oleh Blogger.