Header Ads

Terdapat banyak sebab kenapa kucing suka menggeselkan badan mereka, ini adalah antara sebab-sebab tersebut.


Image result for kucing menggesel

Kucing adalah haiwan peliharaan yang popular sejak zaman dahulu lagi. Pasti ada yang perasan satu tingkah laku yang sering dilakukan oleh haiwan yang comel ini.

Kelazimannya, kucing sering kali menggeselkan kepala dan juga badan apabila berjumpa dengan tuannya. Selain itu, haiwan comel ini juga suka menggesel tidak mengira tempat seperti di kaki kerusi, meja, pintu dan pelbagai tempat lain lagi.

Pelbagai andaian dibuat mengenai tabiat kucing yang suka menggesel. Pasti ramai yang ingin tahu, kenapa kucing suka buat begitu? Apakah mesej sebenar yang hendak disampaikan?
Sebenarnya, tujuan kucing berkelakuan begitu adalah untuk meletakkan bau badannya di sesuatu lokasi bagi menandakan tempat tersebut.

Kucing juga mempunyai kalenjar bau pada bahagian-bahagian tertentu badan seperti kepala, ekor, kaki dan tubuh mereka. Kalenjar ini boleh merembeskan bahan kimia yang menghasilkan bau halus yang disebut feromon.

Setiap kucing mempunyai bau yang unik. Feromon ini digunakan untuk berkomunikasi dengan kucing lain mengenai pelbagai perkara, misalnya pemilikan dan sempadan kawasan.

Feromon juga membenarkan kucing untuk menarik perhatian jantina lain, menunjukkan rasa selesa dan membiarkan kucing lain tahu siapa dan dimana mereka berada.

Kucing sering menggesel pada pelbagai tempat seperti kaki kerusi, pintu dan sebagainya untuk menyebarkan maklumat biologi kepada kucing lain supaya menjauhi kawasan yang telah ditandakan.

Apabila kucing menggesel muka atau tubuhnya kepada manusia, ia mahu menandakan anda adalah “miliknya” dan anda adalah sebahagian daripada dunia mereka! Ia juga mahu kucing lain mengetahui perkara tersebut. Selain itu, ia juga menunjukkan mreka rasa selesa dan selamat bersama-sama anda.
Dikuasakan oleh Blogger.