Header Ads

Susahnya menjadi ibu jika bayi masih kecil, berikut adalah 10 ilustrasi betapa susahnya menjadi ibu


Susahnya menjadi ibu, terutamanya menjadi seorang ibu yang berjaya membesar dan mendidik anaknya dengan baik.

Demi anak kita rela kekurangan tidur, cepat-cepat makan, dan mengorbankan masa lapang kita sendiri.

Kadangkala kita terpaksa menahan perasaan kerana sering ditegur orang yang lebih berpengalaman.

Berikut adalah 10 ilustrasi betapa susahnya menjadi ibu, lebih-lebih lagi jika bayi masih kecil dan amat memerlukan ibunya. Anda pasti akan setuju dan terhibur dengan ilustrasi ini!

1. Terjaga setiap malam

Susahnya menjadi ibu, setiap malam terpaksa terjaga untuk menukar lampin dan menyusukan anak.

2. Tugas rumah yang bertimbun

Susahnya menjadi ibu. Tak cukup jam dalam satu hari untuk menghabiskan tugas rumah kerana sibuk menjaga anak.

3. Saat menyusu pantang bergerak!

Saat menyusu ibu susah bergerak, kalau gerak sedikit, nanti terbangun pulak! Kecoh satu rumah!

4. Susahnya menjadi ibu. Jangan harap dapat tidur!

Biarpun diri rasa mengantuk sambil mendukung anak, jangan harap dapat tidur kalau anak belum tidur.

5.  Hancur badan dan muka ibu

Kita bukan sahaja menahan sakit belakang ketika menyusu! Malah badan ibu turut menjadi mangsa latihan bergusti dengan anak.

6. Jangan harap boleh tidur lebih lama

Tak kira hari Ahad ke, hari cuti ke, anak mana kenal semua ni? Jangan harap dapat tidur lebih lama.

7. Ikut menangis saat anak menangis

Bukan sekali sekala, tetapi selalu! Saat anak menangis ibu juga turut menangis. Susahnya menjadi ibu: mungkin terlalu emo, terlalu letih ataupun tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan untuk menenangkan anak.

8. Makan pun cepat-cepat sambil menjaga dan menggendong anak

Oleh kerana anak tidak mahu berjauhan dari ibu, jadi makan pun terpaksa mendukung anak.

9. Dua tangan memang tidak cukup. Apalagi saat anak tengah merengek

Susahnya menjadi ibu, memasak pun harus menggendong bayi yang langsung tidak mau ditinggalkan ibunya biarpun untuk sebentar.

10. Rambut ibu dah dipotong pendek?

Rambut ibu juga sering menjadi ‘sasaran’. Ia ditarik, dicabut ditarik dan dikacau sehingga rambut pun kusut. Walaupun sakit,, ibu tetap hidup untuk kepentingan anak

Lucu tapi ada benarnya juga, bukan? Walaupun susah dan penuh cabaran tugas menjadi seorang ibu ini, tapi kita masih cuba yang terbaik untuk jadi ibu pada anak-anak kita.

Cuba tag sikit para suami untuk beritahu mereka cabaran yang dihadapi kita selalu. Manalah tahu mereka selama ini tak sedar pun dengan cabaran kita ini
Dikuasakan oleh Blogger.