Header Ads

Sebenarnya ada cara mudah untuk sejukkan rumah tanpa perlukan aircond, paling penting menjimatkan


Dalam rumah pun panas sampai kena mandi 2-3 kali sehari. Kalau nak pasang penghawa dingin memang habis bil api melambung.

Sebenarnya ada cara mudah untuk sejukkan rumah tanpa perlukan aircond! Paling penting menjimatkan!

1. GUNAKAN PELEMBAP UDARA ATAU ‘HUMIDIFIER’


Pelembap udara atau ‘humidifier’ ini tidaklah semahal ‘air-cond’ tetapi ia boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.

2. LETAK KIPAS BERDEKATAN DENGAN TINGKAP

Tujuan letakkan kipas berdekatan dengan tingkap adalah untuk mengeluarkan udara panas yang terkumpul di dalam bilik.

3. LETAK BANTAL KECIL DALAM ‘FREEZER’ SEJAM SEBELUM TIDUR

Apabila ingin tidur, ambil bantal dan letakkan berdekatan dengan badan. Balut bantal dengan plastik untuk elak ais cair dan meresap ke tilam.

4. BASAHKAN SAPU TANGAN & LETAK DIBELAKANG LEHER


Kenapa perlu letakkan di bahagian leher? Mengapa tidak dibahagian lain.
Jika leher sejuk, maka seluruh badan juga akan rasa sejuk.

5. BERALIH TEMPAT TIDUR

Baring atas lantai beberapa minit jika tilam terasa panas dan membahang. Kemudian kembali semula pada tilam.

6. BUAT ‘AIR COND’ SENDIRI

Bekukan air botol semalaman. Apabila panas, ambil dan letak di lantai betul-betul di bawah kipas siling atau posisikan kipas meja di belakang air botol beku tadi.

Buka kan kipas dan anda akan rasa angin kipas sejuk seperti ‘air-cond’. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya
Dikuasakan oleh Blogger.