Header Ads

Penyanyi terkenal daripada kumpulan BigBang, Taeyang tidak mahu hadiah berbentuk wang tunai sempena hari perkahwinannya.

Image result for taeyang and min hyo rin

Pada 6 Februari, laporan berita TV melaporkan bahawa Taeyang dan Min Hyo Rin tidak mahu menerima apa-apa hadiah perkahwinan berunsurkan kewangan daripada tetamu mereka.

Apabila menghadiri majlis perkahwinan di Korea, adalah adat untuk menyediakan wang sebagai hadiah kepada pasangan. Para tetamu mesti menulis nama mereka di sampul wang supaya pasangan itu dapat mengetahui jumlah wang yang mereka terima dari setiap tetamu.

Kerana Taeyang dan Min Hyo Rin tidak mahu menerima apa-apa wang dari tetamu mereka, nampaknya pasangan itu hanya mahukan kawan-kawan dan keluarga terdekat mereka untuk meraikan masa indah bersama-sama mereka tanpa perlu bimbang tentang  perbelanjaan kewangan.

Taeyang dan Min Hyo Rin berkahwin di sebuah gereja pada 3 Februari, diikuti oleh parti selepas itu yang dipenuhi dengan tarian.
Dikuasakan oleh Blogger.