Header Ads

Merancang majlis hari jadi anak yang simple di rumah, ini 7 tips persediannya


Buat majlis hari jadi anak yang simple saja di rumah

Sebelum ini kami pernah membincangkan saranan pakar yang menyuruh ibu bapa agar jangan menyambut majlis hari jadi anak setiap tahun dengan parti besar-besaran.

Bukan apa, berbelanja besar untuk majlis hari jadi anak hanya akan membuatkan anak tersalah anggap tentang sambutan hari jadi. 

Anda pasti tak mahu mereka berfikir yang setiap hari jadi mereka, mereka perlu disambut dengan majlis besar-besaran, kan?

Lagipun untuk anak-anak kecil, mereka masih tak faham konsep sambutan hari jadi. Mereka hanya nampak kek, upacara tiup lilin, potong kek dan dicium ibu bapa. Itu saja!

Jadi apa kata sekali-sekala anda buat sambutan majlis hari jadi anak di rumah pula, kan? 

Kalau anda nak buat majlis yang simple simple saja di rumah, jom baca 7 tips persediaan ini untuk memudahkan kerja anda:


#1 Persiapan majlis hari jadi anak: Dapatkan jumlah undangan

Siapa yang perlu anda undang? Fikir benda itu awal-awal. Selepas itu barulah anda boleh dapatkan jumlah tetamu yang nak datang.

Mungkin anda jemput keluarga kawan baik anda. Berapa ramai satu keluarga? 4 orang? 

#2 Buat kira-kira

Selepas mendapatkan anggaran tetamu yang nak datang, bolehlah anda mula menulis kira-kira. Buat bajet untuk semua persiapan agar anda tidak membazir. 

Persiapan jenis apa yang anda perlukan? Lihat tips nombor #3 dan #4.

#3 Pilih waktu dan hari yang sesuai

Majlis hari jadi anak mungkin tidak disambut betul-betul pada tarikh lahirnya. Anda boleh pilih hari minggu jika mahu lebih ramai tetamu datang.

Tapi jangan lupa untuk pilih waktu yang bersesuaian juga. Kalau anak anda masih kecil, janganlah sambut ia pada waktu malam. Nanti meragam pula budak itu!

#4 Pilih tema dan warna majlis

Ini bergantung kepada kreativiti anda. Anda boleh buat DIY, atau membeli perkakas, perhiasan dan permainan untuk majlis di kedai-kedai hadiah hari jadi. 

Warna yang selalu digunakan seperti biru, oren, merah jambu dan warna-lembut. Tema pula bergantung kepada apa yang diminati anak. Mungkin tema Hello Kitty atau Minion?


#5 Pilih dekorasi dan perhiasan untuk majlis

Walaupun simple, tapi majlis hari jadi anak itu mungkin kelihatan lebih meriah dan cantik dengan pemilihan dekorasi yang sesuai.

Alah, ibu-ibu tak payah bersusah pun. Cukuplah sekadar memilih belon atau bunga-bunga untuk disusun bagi menarik.

#6 Tentukan makanan dan kek hari jadi

Pesan kek yang bersesuaian dengan tema. Pertimbangkan juga jumlah tetamu sebelum beli kek – melainkan anda sediakan makanan tambahan lain.

Kalau makanan untuk tetamu, anda nak memasak sendiri atau beli dari luar?

#7 Baju special untuk anak

Oleh sebab hari inikan hari special untuk anak, tak salah jika anda menghiaskan agar lebih menarik.

Tak payah beli baju baru pun tak mengapa. Mungkin anda sekeluarga boleh pakai sedondon? Itupun sudah cukup comel!

Semoga dengan tips yang kami beri ini, sambut hari jadi anak anda berjaya dilangsungkan
Dikuasakan oleh Blogger.