Header Ads

Menggunakan bahan bahan semulajadi juga boleh menghilangkan parut, ini 5 cara untuk menghilangkan patut jerawat

Image result for egg white'

Untuk menghilangkan bekas jerawat terdapat banyak cara yang boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengeluarkan duit dengan banyak.

1. Minyak Zaiton

Image result for olive oil
Minyak zaitun bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan malah bagus untuk menghilangkan kesan jerawat. Sapukan minyak zaitun terutamanya pada bahagian wajah yang berparut jerawat. Selain mengurangkan parut jerawat, penggunaan yang konsisten juga boleh menjadikan wajah awet muda dan berseri.

2. Madu

Image result for honey

Untuk mengurangkan parut jerawat, sapu madu asli pada bahagian parut jerawat di wajah anda. Urut wajah secara lembut dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air bersih.

3. Asam jawa

Image result for asam jawa

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan air masak. Pastikan bancuhan itu tidak terlalu cair. Kemudian sapukan ramuan tadi pada kulit yang berparut kira-kira 20-30 minit. Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih. Walau bagaimanapun petua ini kurang sesuai diamalkan bagi anda yang miliki kulit kering.

4. Lemon

Image result for lemon

Lemon mempunyai kandungan yang boleh mencerahkan tona kulit, membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit wajah lebih elastik. Malah patinya juga boleh membantu mengurangkan parut jerawat pada wajah. Sapu pati lemon pada parut berjerawat dan biarkan selama 15 minit sebelum membasuhnya dengan air bersih.

5. Putih telur

Image result for egg white'

Sediakan sebiji telur ayam kampung, kemudian pisahkan antara kuning dan putihnya. Campurkan putih telur dan pukul hingga mengembang. Kemudian oleskan pada kulit wajah terutamanya yang bernoda hitam disebabkan oleh parut jerawat. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air.
Dikuasakan oleh Blogger.