Header Ads

Mahu kulit tampil lebih muda?, mari cuba senaman muka yang mudah ini


Untuk membuat kulit lebih muda, ia hanyalah semudah melakukan senaman muka tertentu selama 30 minit setiap hari di rumah, mudah, cepat dan berkesan!

Apabila sudah jadi mak-mak, kita semakin kurang masa untuk mementingkan kecantikan atau membuatkan diri sentiasa tampil lawa. Tapi, bagaimana kalau kami kata yang kami ada cara mudah untuk membuat kulit lebih muda sentiasa?

Dengan hanya mengamalkan senaman muka yang kami kongsikan ini, anda dapat membantu mengurangkan kedutan di muka, maka kulit sentiasa kelihatan tegang, cantik dan muda sentiasa.

Jom cuba latihan senaman muka harian ini yang boleh anda lakukan dengan mudah di rumah selama 30 minit.

Kajian yang disiarkan dalam JAMA Dermatology menyatakan wanita boleh kelihatan muda dengan hanya menjadikan senaman muka ini sebagai rutin harian.

Ya, senaman ini mungkin memerlukan anda membuat “muka kelakar” dan anak akan tertanya-tanya “Ibu buat apa itu?”

“Ketegangan otot meningkatkan ketegangan wajah dan bertindak balas dengan kesan pengurangan lemak dan pengenduran kulit yang berkaitan dengan pertambahan usia.”

Itu kata Emily Poon dari Feinberg School of Medicine, pengkaji kajian tersebut, kepada Medical News Today.

Antara kebaikan senaman muka ini adalah:

  • Mengurangkan kedutan muka
  • Mengembalikan ketegangan wajah
  • Memperbaiki seri wajah
  • Membuat kulit lebih muda
  • Bagaimana cara buat senaman muka supaya kulit nampak muda?
  • Para pengkaji kagum melihat bagaimana para wanita yang menyertai program kajian senaman muka ini nampak muda selepas 20 minggu.


Mereka mengamalkannya selama 30 minit setiap hari selama 8 minggu dan selang satu hari selama 20 minggu yang berikutnya.

Penaik pipi

Untuk mereka yang mahu membuatkan pipi nampak gebu dan bak “pauh dilayang”, ikuti cara ini.

Buat bentuk “O” dengan bibir. Kemudian, senyum untuk menaikkan pipi sambil merapatkan bahagian bibir atas kepada gigi. Tekan perlahan atas pipi anda dan turunkannya. Ulangi langkah ini beberapa kai.

Pengurut pipi untuk muka kelihatan gembira selalu
Untuk melakukan senaman muka ini, senyum dengan mulut tertutup. Letakkan jari di kedua-dua hujung mulut dan tarik ke atas ke arah pipi. Kekal dalam posisi ini selama 20 saat.

Urutan muka

Tekan pipi anda dengan menggunakan 3 jari. Kemudian, senyum dengan lebar sehingga anda rasa pipi anda tegang. Ulangi langkah ini.

Anda juga boleh mengurut rahang muka, hidung dan tulang pipi dalam urutan membulat. Ia membantu untuk memperbaiki pengedaran darah dan menguatkan otot muka. Pelajari tentangnya lebih lanjut di sini.

Senaman ini membuat kulit lebih muda 3 tahun!
Selepas 20 minggu, pengkaji telah meminta ibu-ibu yang menyertai kajian ini untuk mendapatkan pengesahan dermatologi untuk melihat berapa banyak perubahan pada wajah.

Dalam kajian tersebut, para dermatologi telah membuat perbandingan dan mendapati mereka kelihatan 3 tahun lebih muda.

Jadi, apa kata kita cuba lakukan senaman muka ini? Tapi, jangan terlalu overdo it.

Ia boleh mempercepatkan kedutan jika dilakukan terlalu kerap. Yang paling pasti, lebihkan senyuman pada wajah. Itu adalah senaman awet muda terbaik untuk muka kita
Dikuasakan oleh Blogger.