Header Ads

Kulit bayi sensitif, 3 kesilapan ibu bapa ini boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi


Ruam lampin bayi disebabkan oleh kesilapan ibu bapa

Ruam lampin bayi bukan saja nampak menyakitkan, malah ialah antara punca utama masalah ketidakselesaan pada bayi anda!

Ruam lampin bayi menyebabkan rasa gatal, malah kadang-kala ia amat menyakitkan hingga kulit melecet dan luka.

Dan bila bayi menangis sepanjang hari kerana tidak selesa, kita sebagai ibu bapa pasti tidak senang duduk.

Apabila bayi mula mempunyai ruam lampin, mulalah ibu bapa mencari pelbagai penyelesaian untuk menangani masalah ini. Namun, ada 3 kesilapan yang selalu dilakukan oleh ibu bapa hingga menjadi punca mengapa ruam lampin bayi terjadi.

Terdapat banyak punca mengapa ruam lampin bayi terjadi. Ia mungkin sama ada sebab alergi pada makanan atau jenis lampin, atau mungkin juga di antara kesalahan di bawah ini:

1. Anda salah beri makanan pejal

Sudah tentu anda teruja apabila bayi sudah mula boleh makan makanan pejal. Terasa seperti ingin memberinya cuba semua benda!

Tapi cuba anda ingat kembali, adalakah selepas mula makan makanan pejal, bayi anda mula naik ruam lampin?

Mereka mungkin alergi terhadap sesuatu makanan yang diberikan kepada mereka. Sebab itulah penting untuk anda memerhatikan reaksi dan perubahan anak anda selepas mencuba makanan yan baru. Praktikkan  ‘4 days wait rule’ ketika perkenalkan makanan pada bayi anda.

Dengan ini, kita boleh mengelak alahan anak sambil memastikan anak tak terkena ruam lampin bayi lagi.

2. Ibu bapa tidak membersihkan kotoran dengan betul

Satu lagi punca ruam lampin bayi yang ramai ibu bapa terlepas pandang adalah kerana kotoran yang tak habis dicuci ketika anda menyalin lampin mereka.

Ya memang air kencing bayi bukanlah terlalu kotor. Tetapi kulit bayi sangat sensitif.

Bukan sahaja itu, cara membersihkan bayi lelaki dan perempuan juga berbeza. Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa boleh membantu anda.

Bagi bayi perempuan, pastikan kekotoran tidak termasuk ke dalam vagina mereka dengan membersihkan dari arah depan ke belakang dan bukan sebaliknya.

3. Guna krim untuk ruam lampin bayi yang salah

Memang terdapat banyak jenis krim untuk merawat ruam lampin bayi di pasaran untuk anda pilih. Tetapi sebagai ibu bapa, anda harus bijak membaca label.

Pastikan krim yang anda pilih bebas dari bahan yang berbahaya.

Semak juga jika ada di antara bahan di dalam krim tersebut menyebabkan kulit bayi anda naik ruam. Kadang-kala kulit bayi anda lebih baik jika tidak dipakaikan apa-apa krim.

Hati-hati untuk tidak menggunakan bedak talkum pada kemaluan bayi anda
Dikuasakan oleh Blogger.