Header Ads

Kulit adalah senang untuk berkedut jika tidak dijaga, ini 5 cara mudah untuk menghilangkan kedutan.


Hari demi hari, manusia di seluruh dunia mencari cara yang paling berkesan untuk menjaga kulit mereka supaya kelihatan muda dan cantik. Para pakar kosmetik menawarkan beribu-ribu prosedur untuk mengekalkan kulit. Namun ada undang-undang alam yang kita tidak dapat menafikan. Menurut penyelidikan, tanda-tanda penuaan awal boleh muncul kerana pendedahan matahari dan UV.

1. Gunakan topeng sitrus untuk menghalang penuaan awal.


Anda perlu: 1 lemon segar, 2-3 sudu besar madu dan bebola kapas

Cara penyediaan: Perahkan jus lemon dan campur bersama madu. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, disyorkan untuk menambah sedikit air.

Cara menggunakannya: Sapukan campuran dimuka dan biarkan hingga kering. Setelah beberapa minit, basuh muka anda dengan air. Ulang seminggu sekali.

2. Gunakan topeng semulajadi menggunakan karot dan madu.


Anda perlu: 1 batang karot dan 2 sudu kecil madu.

Cara penyediaan: Basuh dan potong karot. Blend hingga halus dan campur dengan madu.

Cara menggunakannya: Sapukan dimuka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air.
Lakukan 2 kali seminggu.

3. Gunakan tepung dan kunyit sebagai topeng.


Anda perlu: 1 1/2 sudu besar tepung, 1/2 sudu besar kunyit, susu mentah (tambah sehingga bancuhan menjadi pekat)

Cara penyediaan: Campurkan kesemuanya hingga menjadi pekat

Cara menggunakannya: Sapukan di muka dan tunggu selama 30 minit. Kemudian basuh menggunakan air suam.

4. Krim yang diperbuat menggunakan minyak zaitun, vaseline, dan vitamin E akan membuatkan leher dan dada anda kelihatan muda 10 tahun.


Anda perlu: 10 ml minyak zaitun, 3 kapsul vitamin E dan 3 gram vaseline.

Cara penyediaan: Masukkan kesemuannya kedalam mangkuk dan gaul rata. Panaskan menggunakan teknik "water bath. Kemudian sejukkan. Selepas itu, tuang ke dalam mangkuk lain.

Cara menggunakannya: Sapukan di leher dan dada sebelum tidur.

5. Gunakan Vaseline


Cara menggunakannya: Sapukan vaseline di muka dan leher sebelum tidur. Keesokan paginya, basuh muka dan leher anda seperti biasa.
Dikuasakan oleh Blogger.