Header Ads

Jerawat merupakan masalah yang tidak digemar oleh ramai, ini 6 punca yang menyebabkan jerawat di dahi.


Image result for pimples on forehead

Prinsip asas di sebalik pembentukan jerawat adalah pori kulit yang tersumbat. Penyumbatan ini boleh disebabkan oleh sel kulit mati, minyak yang berlebihan dan kotoran. Semua menjadikan persekitaran yang sesuai untuk bakteria tumbuh, iaitu jerawat.

1. Liang pori tersumbat

Merupakan salah satu penyebab utama jerawat. Oleh kerana dahi terletak di zon T, yang dikenali dengan pengeluaran minyak yang berlebihan, liang-liang cenderung tersumbat, menyebabkan jerawat.

2. Kelemumur di rambut

Kelemumur di rambut boleh menyebabkan jerawat di kulit muka kerana ia merupakan satu jangkitan kulit. Ia juga disebabkan kulat yang boleh merosakkan kulit.

3. Kulit kepala berminyak.

Sekiranya anda mempunyai kulit kepala berminyak, minyak tersebut boleh pergi ke muka dan menyebabkan liang tersumbat dan jerawat di dahi anda.

4. Ubat – ubatan

Ubat – ubat tertentu seperti pil perancang kehamilan boleh menyebabkan jerawat kepada sesetengah orang. Rujuk doktor jika perkara ini berlaku.

5. Sistem penghadaman

Masalah sistem penghadaman juga boleh menyebabkan jerawat.

6. Stress berlebihan

Stress boleh menggangu perkembangan hormon dan juga menyebabkan kulit berminyak dan berjerawat.


Dikuasakan oleh Blogger.