Header Ads

Ini adalah 7 perkara yang Si Ibu perlu tahu untuk menjaga bayi mereka dengan selamat.


Majoriti ibu-ibu di bawah umur (sebanyak 73%) meletakkan benda seperti selimut, mainan ke dalam buaian bayi. Hal ini mungkin membahayakan dan meningkatkan peratusan bayi untuk lemas.

1. Jangan meletakkan apa-apa yang tidak perlu didalam katil bayi.


Anda perlu berhati hati dengan apa yang disimpan dalam katil bayi anda.

2. Jangan biarkan bayi tidak berjaga.


Waktu tidur anak kecil bukanlah tiket anda untuk keluar dari bilik dan meninggalkan bayi itu sendiri. Mereka masih kecil. Anda boleh mendapatkan monitor bayi dan dipasang dekat buaian anak anda yang mempunyai kualiti video dan bunyi yang baik.

3. Makanan perlu dipanaskan dengan berhati - hati.


Pastikan makanan bayi anda berada dalam keadaan suam dan bukannya panas. Sebagai contoh, titiskan beberapa titik susu dibelakang tangan untuk memastikan air susu tersebut tidak terlampau panas untuk bayi.

4. Pastikan nombor kecemasan ada bersama anda


Untuk mengelakkan benda buruk dari berlaku kepada anak anda.

5. Pakaikan tali pinggang kaledar


Pastikan anak anda memakai tali pinggang kaledar apabila berada didalam kereta. Ini dapat mengelakkan anak anda daripada tercampak keluar apabila anda memberhentikan kenderaan secara tidak sengaja.

6. Atur tidur yang cukup untuk si ibu dan bayi


Hal ini untuk mengelakkan si ibu daripada kurang tidur. Ibu -ibu yang pertama kali melahirkan anak, selalunya menghadapai masalah tidur dan menyebabkan kemurungan. Dengan itu anak boleh mengatur jadual anda dan anak anda.

7. Mandi bayi


Apabila anda mahu memandikan bayi pastikan anda berjaga jaga dengan kawasan mata bayi. Peraturan yang penting disini adalah jangan sesekali meninggalkan bayi anda untuk panggilan telefon. Kulit bayi sensitif dan memerlukan suhu air yang sesuai sebelum dimandikan.


Dikuasakan oleh Blogger.