Header Ads

Berpantang selepas mengandung adalah wajib, ini 9 makanan berkhasiat untuk si ibu yang sedang berpantang.

Image result for pregnant lady

1. Kunyit – Kunyit sering dijadikan sebagai minuman kerana dikatakan mampu mengecutkan rahim dan mencuci darah.

2. Asam Jawa – Membantu dalam mengatasi masalah membuang air besar selain menyegarkan tubuh.

3. Sayur dan ulam-ulaman – Sayur dan ulaman membantu ibu untuk mengelakkan sembelit dan membekalkan vitamin serta mineral untuk membantu mengembalikan kecergasan ibu berpantang.

4. Sawi – Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin di dalam tubuh ibu.

5. Pegaga – Daun pegaga dipercayai mampu menambahkan ingatan dan merehatkan minda. Ia dapat mengatasi masalah kemurungan dan kerap lupa selepas bersalin.

6. Jamu – Kebanyakan ibu-ibu berpantang mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali asal. Namun, jamu tidak sesuai dimulakan di awal waktu berpantang kerana mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan.

7. Rempah Ratus – Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan memulihkan tahap kesihatan ibu.

8. Bawang Putih – Berfungsi untuk mengembalikan tenaga yang hilang ketika bersalin, mampu membuang angin dan juga melancarkan peredaran darah di dalam tubuh.

9. Halia Muda – Halia bagus ditambah ke dalam masakan kerana ianya boleh memecahkan angin di dalam badan, memanaskan badan dan melancarkan proses penghadaman.
Dikuasakan oleh Blogger.