Header Ads

Berat badan anak tak naik, adakah sebab dia tak cukup makan atau tak cukup nutrisi.


Ibu bapa risau berat badan anak tak naik

Risau bukan bila tengok badan anak menyusut tiba-tiba? Bila timbang, berat badan anak tak naik! Mulalah bermacam perkara dalam kepala… dia tak cukup makan ke?

Tk cukup nutrisi? Walhal anda sudah menjaga serba-serbi dari pemakanan hingga waktu tidurnya.

Jika anda perasan yang berat badan anak tak naik malah makin menurun dan anda tidak pasti mengapa, cuba baca apa yang kami ingin kongsikan di bawah ini:

Berat badan anak tak naik dan makin menurun itu normal ke?

Turun naik berat badan pada kanak-kanak sebenarnya adalah normal. Tetapi apa yang tidak normal ialah penurunan berat badan yang mendadak.

Bagi anak remaja, baligh memainkan peranan penting. Hormon mereka membuatkan pelbagai perubahan fizikal termasuklah pembentukan payudara bagi perempuan dan testis membesar bagi lelaki.

Kanak-kanak boleh kehilangan berat badan sekiranya mereka tidak makan dengan sihat atau ada penyakit atau metabolisma rendah. Penurunan berat badan yang mendadak boleh memberi impak pada kesihatan dan tumbesaran mereka.

Tapi sebelum anda membuat andaian tentang ada sesuatu yang tidak kena dengan anak, fahami dulu bagaimana berat badan menunjukkan tahap kesihatan seseorang.

Berapa berat badan yang sihat untuk anak?

Untuk memeriksa jika anak anda sihat atau tidak, anda harus memeriksa jisim berat badan (BMI) dulu.

Baca carta BMI

Setiap carta BMI mempunyai persentil. Jadi jika persentil anak anda kurang dari 5 (<5), anak anda kurang berat badan.

Melalui carta inilah doktor memeriksa jika anak anda memerlukan bantuan dengan diet dan aktiviti fizikal.

Tapi sekiranya anak anda turun berat badan dan sakit, anda perlu risau. Doktor akan meminta anda memeriksa rutin anak untuk kenal pasti sakitnya.

Kenapa berat badan anak tak naik? 

Kebanyakan anak mengalami berat badan menurun dengan mendadak. Namun bagi sesetengah kes, berat badan mereka menurun dengan mendadak akibat tidak sihat. Antara tanda yang perlu diberi perhatian adalah:

  • Demam
  • Dehidasi
  • Kurang kencing
  • Cirit-birit dan muntah-muntah
  • Selsema dan batuk
  • Sakit tekak
  • Sakit dada atau telinga
  • Kerap mengantuk atau tidak boleh tidur
  • Kemurungan
  • Bulimia atau aneroksia
  • Kanser
  • Masalah usus

Jika anda perasan salah satu dari tanda ini, pergi dapatkan pemeriksaan doktor segera. Tapi sekiranya tiada isu seperti di atas, anda mungkin boleh memberikannya makanan seimbang.

Bagaimana hendak menaikkan berat badan anak saya?

Untuk menaikkan berat badan anak anda, anda mungkin mahu menukar dietnya. Berikan lebih banyak lemak sihat dalam menu makan.

Antara tip lain yang boleh dicuba:

  • Beri anak anda minimum 5 hidangan sayuran dan buahan
  • Lengkapkan menu anak dengan karbohidrat seperti nasi, kentang, roti atau pasta
  • Tambah produk tenusu seperti susu segar
  • Kayakan menu anak anda dengan protein seperti telur, ikan dan kekacang
  • Air yang secukupnya.

Selain pemakanan yang sihat, gaya hidup sihat juga penting. Pastikan mereka keluar bermain atau bersenam. Tidak berada di dalam keadaan stress atau tertekan.
Dikuasakan oleh Blogger.