Header Ads

Bagaimana anda boleh membantu perkembangan fizikal anak anda?


Meniarap, merangkak, meniti hingga ke mula berjalan. Ini antara perkembangan fizikal bayi yang kita nanti-nantikan. Tapi ibu juga sebenarnya boleh membantu anak!

Di saat bayi anda memulakan langkah pertamanya, anda pasti sangat teruja. kan? Tapi, tahukah anda yang perkembangan fizikal bayi ini sudah lama terlatih untuk bersedia berjalan sejak mereka lahir lagi?

Bagaimana ibu bapa boleh bantu perkembangan fizikal bayi?

1 – Membina otot dan koordinasi anak untuk menyokong perkembangannya
perkembangan fizikal bayi, pertumbuhan fizikal bayi, perkembangan fizikal kanak kanak, pertumbuhan fizikal kanak kanak

Mereka sudah mula meniarap dan apabila mereka sudah mula pandai duduk, koordinasi dan otot mereka juga akan berkembang. Ini kerana mereka sedang menyediakan diri mereka untuk pergerakan seterusnya.

Tidak lama selepas itu, mereka akan mula mengimbangi badan dengan meniti. Mereka sedang berlatih untuk mula berdiri sendiri pula. Dan akhirnya berjalan.


Bantu bayi anda menguatkan ototnya!

Memberi bayi anda banyak masa meniarap sebelum mereka mula merangkak akan membantu menguatkan otot yang mereka perlukan untuk perkembangan fizikal bayi yang seterusnya itu.

Jadi lebihkan aktiviti meniarap (tummy time) dengan bayi anda.

Bagi bayi yang sudah menunjukkan tanda-tanda hendak merangkak, anda boleh menggalakkan mereka mencapai permainan dalam keadaan meniarap.

Mereka akan termotivasi untuk bergerak dan mencapai barang permainan tersebut. Ini salah satu cara anda boleh merangsang perkembangan fizikal bayi comel anda itu.

perkembangan fizikal bayi, pertumbuhan fizikal bayi, perkembangan fizikal kanak kanak, pertumbuhan fizikal kanak kanak

Lagi satu cara yang menarik ialah dengan membuat laluan berhalang untuk mereka. Letakkan bantal, kusyen untuk mereka bergerak. Ini akan membantu melatih otot mereka.

Namun, pastikan kawasan di sekeliling adalah selamat untuk bayi anda meneroka. Tiada wayar elektrik atau benda tajam yang boleh dicapainya.

2 – Dari merangkak ke berjalan, ajar anak cara bongkokkan lutut
Selalunya di usia 9 bulan, bayi akan mula meniti. Mereka akan memegang perabot untuk mula berjalan.

Mereka akan memerlukan 2 hingga 3 bulan untuk betul-betul tahu berdiri tanpa sokongan.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan tunjuk kepadanya bagaimana mereka boleh membengkokkan lutut supaya mereka boleh duduk tanpa perlu jatuh.

Biar mereka mencuba sendiri bagi mengetahui cara mengimbangi badan mereka.

perkembangan fizikal bayi, pertumbuhan fizikal bayi, perkembangan fizikal kanak kanak, pertumbuhan fizikal kanak kanak

Beri mereka ruang yang selamat untuk mencuba mengimbangi badan mereka. Pastikan mereka tidak mencapai kawasan yang bahaya.


Sebelum mula langkah pertama

Sebelum bayi anda mahir berjalan, mereka memerlukan latihan yang banyak. Berikannya galakkan untuk dia lebih banyak mencuba.

Semakin mereka mencuba, semakin mereka mahir untuk mengimbangkan diri. Dan lama-kelamaan, mereka sudah berjalan.

Ketika ini, anda harus memastikan kawasan sekeliling bebas dari tempat memanjat yang bahaya. Pastikan terdapat pagar keselamatan di tangga anda bagi  mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

Banyakkan merangsang otot dan sensori anak anda dengan pelbagai aktiviti. Biarkan tapak kaki mereka rasa tekstur karpet, pasir, dan rumput.
Dikuasakan oleh Blogger.