Header Ads

Anak sepahkan rumah tanda ibu bapa hebat, jika rumah kemas tanda anda bukan ibu bapa yang baik


Setiap ibu bapa impikan anak yang soleh solehah dan mendengar kata. Kanak-kanak seawal usia 5 hingga 6 tahun agak sukar untuk dikawal. Boleh dikatakan ramai ibu bapa yang tidak dapat menahan sabar apabila anak sepahkan rumah.

Tapi selepas membaca perkongsian ini, pasti ramai ibu bapa akan rasa kecewa dengan diri sendiri kerana merosakkan zaman kanak-kanak mereka.

JIKA RUMAH KEMAS TANDANYA ANDA BUKAN IBU BAPA YANG BAIK

Tidak perlu hairan, memang inilah perkataan para ahli pendidikan anak. Jika anda punya anak-anak, tapi rumah anda selalu rapi, tersusun, bersih, dan segala sesuatunya di tempatnya, maka itu petanda bahwa anda adalah ayah atau ibu yg tidak baik.

Karena rumah yg selalu rapi padahal ada anak-anak, itu bererti ada tindakan melarang, memaksa, dan tangan besi yang diterapkan kepada anak-anak.

ITU BERMAKNA KEHIDUPAN ANAK-ANAK DIRAMPAS

Rumah yang selalu rapi itu menunjukkan masa kanak-kanak yang dirampas, daya imaginasi yang terpenjara, dan jiwa yang terinjak-injak.

Anak-anak kita itu lebih penting daripada kerusi, meja, bunga, hiasan dinding, dan karpet yang ada di rumah kita.

Lalu memangnya kenapa kalau rumah menjadi kotor, pensil-pensil warna disana sini , dan kertas-kertas bertaburan .. daripada kita melarang mereka sama sekali.. bukankah kita boleh membuat janji dengan mereka agar setelah bermain mereka membersihkan dan mengemas kembali ruangannya?!

RUMAH BERSEPAH TANDA ZAMAN KANAK-KANAK MEREKA MENYERONOKKAN

Kertas-kertas yang bertaburan, dan terkoyak bersepah adalah petanda hidupnya masa kanak-kanak mereka.. itu petanda bahwa anda adalah ayah atau ibu yang baik dan hebat.. Anda mahu membiarkan mereka tumbuh besar dengan selamat dan damai.

Rumah yang tidak ada anak-anaknya adalah kuburan yg berbentuk rumah.

Ajarilah mereka tentang aturan, dan didiklah mereka untuk tertib dengan aturan itu… Jangan anda putus sayap mereka, tapi biarkan mereka beterbangan dengan baik dan indah
Dikuasakan oleh Blogger.