Header Ads

T.O.P BIGBANG bakal memulakan pekerjaan barunya, kerana kantoi dadah


Pada Disember lalu, satu sumber dari Pentadbiran Tenaga Ketenteraan mendedahkan yang mana T.O.P BIGBANG bakal memulakan pekerjaan barunya sebagai pekerja perkhidmatan awam di Yongsan District Office pada pertengahan Januari ini.

Sumber dari Yongsan District office menyatakan, “Kami telah menerima informasi tentang perkara itu, tetapi belun kagi menerima dokumen rasmi.”


Pada February tahun lalu, T.O.P telah ditugaskan sebagai seorang polis untuk Gangnam Police Station. Walaubagaimanapun, selepas didakwa dan didapati bersalah kerana menghisap dadah jenis ganja, dia dibebaskan dari tugas tersebut dan perlu menghabiskan perkhidmatan mandatori sebagai pekerja perkhidmatan awam.

Penyanyi itu sebelum ini telah meminta maaf atas tindakannya dan memaklumkan, “Tanpa sebarang alasan, saya dengan rendah diri memohon maaf atas tindakan saya dan saya sangat takut. Tidak akan ada lagi tindakan yang tidak bertanggungjawab seperti ini selepas ini. Sekali lagi saya meminta maaf dan mencerminkan diri saya. Saya sangat malu dengan diri saya.


T.O.P menerima status simpanan dan mempunyai 520 hari lagi dalam perkhidmatan mandatorinya, dan 117 hari yang telah dia ikuti bermula 9 Februari tahun lalu sehingga 5 Jun akan dihitung atas perkhidmatannya.

Kredit : Eh
Dikuasakan oleh Blogger.