Header Ads

Tak kisah kecil mana pun gaji, anda perlukan simpanan dan wajib menyimpan


Siapa tak nak ada duit lebih kan? Tak kisah kecil mana pun gaji, anda perlukan simpanan dan wajib menyimpan lebih-lebih lagi di zaman ekonomi tak menentu.

Bila ada duit simpanan, barulah rasa tenang je hati. Susah kalau tak menyimpan.

Ada beberapa soalan yang timbul apabila ingin menyimpan duit. Berapa banyak duit yang anda perlu simpan setiap bulan? Kami kongsikan tip mudah untuk menyimpan walaupun tak banyak duit.

1. HAPUSKAN HUTANG ANDA TERLEBIH DAHULU

Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda. Sebenarnya hapuskan hutang adalah cara terpantas dapatkan duit lebih untuk disimpan.

2. TETAPKAN MATLAMAT TABUNGAN ANDA

Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan? Kalau nak beli rumah berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat dan simpan.

3. BUAT SATU JANGKA MASA UNTUK ANDA MENYIMPAN

Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”

Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.

4. SIMPAN REKOD PERBELANJAAN ANDA

Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda iaitu berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.

Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil yang lain.

5. KURANGKAN PERBELANJAAN ANDA

Dah rekodkan perbelanjaan anda? Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan anda tu. Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang anda lakukan. Dan yang anda boleh kurangkan.

6. BERHENTI MENGGUNAKAN KAD KREDIT

Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek.
Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.

7. LETAK DUIT DALAM BALANG

Cuba anda letakkan duit yang anda nak pakai setiap bulan tu dalam balang masing-masing. Kalau nak pakai duit tu, tarik keluar duit daripada balang tu. Mesti nampak betapa cepatnya duit tu habis. Pasti anda akan berfikir banyak kali sebelum nak habiskan duit.
Dikuasakan oleh Blogger.