Syaitan merupakan makhluk yang pasti akan dihumban ke neraka, ini 16 nama syaitan dan tugasnya

Berikut adalah 16 nama syaitan dan tugasannya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat islam .
1. Abyadh

Tugasnya : menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia . Merupakan syaitan yang paling berat godaan dan memiliki sikap yang buruk .
2. A’awar
Tugasnya : menggoda orang-orang yang berpangkat, berjawatan besar, atau pemerintah untuk bertindak zalim. Timbulnya rasa takbur dengan jawatan . Membiarkan orang bawahan hidup dalam keadaan susah dan tanpa pembelaan . Tidak suka mendengar nasihat ulama . Menghias wanita agar lelaki tergoda dan manakala lelaki bertindak untuk menggoda wanita untuk didekati.
3. Dasim
Tugasnya: membuatkan sepasang suami isteri itu agar bergaduh hingga bercerai . Menyuruh manusia mara bukan pada tempatnya dan marah tersebut membawa kepada dosa. Juga membuatakan hubungan adik-beradik itu bertengkar ,bermasam muka hingga menyebabkan berpecah belah
4. Miswat / maswat

Tugasnya : mendekatkan manusia dengan maksiat , berbuat maksiat dan lebih cenderungkan manusia kea rah maksiat . Melengah-lengahkan berbuat amal soleh dan gemar membawa berita yang dusta dan gossip liar .
5. Khannas
Tugasnya : membuatkan seseorang makhluk itu timbul rasa was-was terhadap adanya Allah , perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia untuk mengingati Allah sepanjang masa .
6. Murrah
Tugasnya : mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka serta pengikut dan pendengarnya . Mengganggu ahli-ahli ibadat semasa mengambil wuduk agar membazir yakni menggunakan banyak air ketika berwuduk
7. Khinzab

Tugasnya : Mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan manusia berwas-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama islam
8. Lakhus
Tugasnya : mengajak manusia untuk menyembah benda lain selain Allah .
9. Sabrum
Tugasnya : mengajak manusia kejalan yang tidak benar dan membuatkan seseoran itu tidak sabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah.
10. Hafaf

Tugasnya : mengajak manusia berbuat maksiat , mengambil minuman yang memabukkan dan berfoya-foya
11. Zalitun
Tugasnya : melalaikan manusia ketika berbelanja tanpa had sehingga boros dan fikiran hanya ingat pada makanan sahaja
12. Walahan
Tugasnya : menimbulkan rasa was-was seseorang ketika mengambil wuduk dan beribadat
13. Watin
Tugasnya : mendekati kepada orang-orang yang terkene musibah supaya bersangka buruk pada Maha Pencipta-Nya
14. Masud

Tugasnya : Menghasut manusia supaya mengumpat , fitnah dan adu domba . Suka berdendam semasa manusia
15. Laqnis
Tugasnya : mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga menjadi ragu-ragu dan tidak sempurna
16. Zaktabur/zaknabur/zalanbur
Tugasnya : mewujudkan rasa ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang Allah berikan kepadanya .