Header Ads

Suku kaum ini hanya hidup dengan kaum wanita sahaja, mana kaum lelaki di suku itu?



Kewujudan suku ini memang benar, dan terletak disebuah hutan Amazon yang merupakan hutan tropika yang menyimpan pelbagai rahsia .

Suku ini hanya dihuni oleh wanita sahaja dihup disebuah pulau bersama, berjuang bersama.Di dalam hutan yang lebat terdapat sebuah suku wanita yang mereka masih tidak terpengaruh dunia luar.
Dilebalkan sebagai wanita yang bebas, tidak membolehkan kaum lelaki mencampuri urusan mereka.


Mereka melarang lelaki termasuk bayi lelaki tinggal dan bercampur dengan suku mereka.Bahkan yang membuat mereka begitu perkasa, rata-rata semua wanita pandai bertarung dan seorang pahlawan.  Namun ada satu hal yang menarik dari suku ini.Kerana ketika seorang pahlawan sudah masuk usia menikah, mereka wajib berjuang terlebih dahulu.


Dari segi mendapatkan zuriat untuk mewarisi keturunan mereka .Wanita-wanita itu akan diminta mengintai suku lain yang ada kaum lelaki. Mereka akan mencari lelaki perkasa dan bila tiba waktunya, mereka akan menyerang kaum tersebut dan menculik lelaki yang sudah mereka inginkan.


Lelaki itu kemudian diculik dan dijadikan suami ‘satu malam’ hanya untuk membuat wanita-wanita suku tersebut hamil.  Ketika positif hamil,lelaki tersebut dikembalikan kepada suku mereka.Namun sayangnya, jika yang lahir adalah bayi lelaki,maka bayi itu akan dibuang di hutan.Namun, jika wanita, akan dijaga dan dibesarkan, dilatih menjadi seorang pahlawan yang mahir dalam perang.

Dikuasakan oleh Blogger.