Header Ads

Singapura diiktiraf pasport paling ‘berkuasa’ di dunia, dibenarkan mengembara jumlah negara tertinggi tanpa visa


Singapura kini diiktiraf pasport paling ‘berkuasa’ di dunia, dengan rakyatnya dibenarkan mengembara ke jumlah negara tertinggi tanpa visa.

Passport Index yang mengawasi kebolehgunaan dokumen berkenaan berkata, republik itu menduduki tempat tertinggi selepas Paraguay menarik balik sekatan terhadap rakyat Singapura.

Ini bererti kira-kira 5.6 juta pemegang pasport Singapura kini dibenarkan mengembara ke 159 negara, sama ada tanpa visa langsung atau dengan satu dikeluarkan sebaik tiba di destinasi.

Jerman di tempat kedua dengan rakyatnya dibenarkan melawat 158 negara tanpa visa, manakala Sweden serta Korea Selatan seri di tempat ketiga.

Pasport Amerika Syarikat (AS) di tempat keenam bersama Malaysia, Ireland dan Kanada.

Afghanistan di kedudukan terakhir dengan lawatan tanpa visa dibenarkan untuk cuma 22 negara.

Passport Index berkata, kebolehgunaan pasport AS menurun sejak Presiden Donald Trump dilantik, manakala Turki dan Republik Afrika Tengah antara negara yang terbaru tidak dibenarkan kemasukan tanpa visa

Kredit : Hanasuva
Dikuasakan oleh Blogger.