Header Ads

Selain menampar polis Farid Kamil turut menendang 2 orang awam di Balai Polis Kota Damansara


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din yang mengesahkan kejadian berkata, pelakon dan pengarah lelaki yang bergelar Datuk ditangkap selepas dipercayai mengamuk, suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam Balai Polis Trafik Kota Damansara, 1.20 tengah hari, hari ini.

Semasa siasatan awal mendapati pelakon itu datang ke balai dengan seorang rakan untuk membuata laporan anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis hutang ah long.

Mohd Zani berkata, suspek kemudian terus menampar anggota polis dan menendang dua orang awam yang berada di lokasi kejadian tanpa provokasi.

Susulan itu, pelakon dan pengarah berkenaan ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.


Sumber: Harian Metro

Dikuasakan oleh Blogger.